awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ajaran sesat: Kerajaan tidak ambil ringan, dapatkan laporan dari negeri - Marhamah
Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja
PRN Johor: PH mula bincang pembahagian kerusi - Nie Ching
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian

Bernama
Bernama
07/02/2026
05:45 MYT
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Kementerian Perpaduan memaklumkan urusan berkaitan pembinaan, pengubahsuaian dan pematuhan rumah ibadat adalah tertakluk di bawah bidang kuasa KPKT.
PUTRAJAYA: Pengurusan isu berkaitan tadbir urus rumah ibadat di negara ini perlu dilaksanakan berlandaskan kerangka perundangan sedia ada serta prinsip kedaulatan undang-undang, selari dengan Perlembagaan Persekutuan dan semangat Malaysia MADANI, menurut Kementerian Perpaduan Negara.

Ringkasan AI
  • Pengurusan tadbir urus rumah ibadat perlu berlandaskan perundangan sedia ada serta prinsip kedaulatan undang-undang, selari dengan Perlembagaan Persekutuan dan semangat Malaysia MADANI, menurut Kementerian Perpaduan Negara.
  • Urusan berkaitan rumah ibadat ditetapkan di bawah bidang kuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui undang-undang berkaitan, seperti Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, untuk memastikan keselamatan awam.
  • Kementerian akan terus memainkan peranan sebagai pemudah cara untuk memperkukuh dialog dan harmoni antara penganut agama, dengan menekankan kehormatan terhadap proses undang-undang serta saling menghormati demi menjaga perpaduan dan kestabilan negara.

Dalam kenyataan hari ini kementerian berkenaan memaklumkan urusan berkaitan pembinaan, pengubahsuaian dan pematuhan rumah ibadat adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui peruntukan undang-undang berkaitan.
"Sehubungan itu, ditegaskan bahawa sebarang isu berkaitan rumah ibadat perlu ditangani secara berhemah, berfakta dan berlandaskan undang-undang, tanpa mengheret sentimen perkauman atau keagamaan yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat," menurut kenyataan itu di sini hari ini.
Antara peruntukan utama ialah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), yang memberi kuasa kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengawal selia struktur bangunan, kebersihan serta memastikan tiada pembinaan rumah ibadat dilakukan tanpa kebenaran di kawasan pentadbiran masing-masing.
Selain itu, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) turut diguna pakai bagi mengawal aspek teknikal pembinaan dan keselamatan struktur bangunan rumah ibadat demi menjamin keselamatan awam.
Kementerian Perpaduan Negara juga memaklumkan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dilaksanakan melalui PLANMalaysia bagi tujuan perancangan pengezonan serta penetapan tapak khusus rumah ibadat dalam Rancangan Tempatan.
"Pihak kementerian akan kekal komited dalam memainkan peranan sebagai pemudah cara bagi memperkukuh kefahaman, dialog dan keharmonian antara penganut agama, sambil menghormati bidang kuasa agensi berkaitan serta keputusan pihak berkuasa yang berlandaskan undang-undang.
"Justeru, semua pihak diseru agar menghormati proses perundangan, mengelakkan spekulasi serta mengekalkan semangat saling menghormati demi memelihara perpaduan nasional dan kestabilan negara," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#isu rumah ibadat
#isu kuil haram
#KPKT
#Kementerian Perpaduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan