awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ajaran sesat: Kerajaan tidak ambil ringan, dapatkan laporan dari negeri - Marhamah
Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja
PRN Johor: PH mula bincang pembahagian kerusi - Nie Ching
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'

Astro Awani
Astro Awani
07/02/2026
05:15 MYT
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
Ezura Shazween (kiri) dan Sharifah Shahira.
KUALA TERENGGANU : Astro meneruskan komitmen mendekati masyarakat menerusi program jelajah ‘Assalamualaikum’, bukan sekadar sebagai platform promosi kandungan Ramadan dan Aidilfitri, malah sebagai inisiatif untuk mencipta pengalaman bermakna bersama komuniti setempat.

Ringkasan AI
  • Program jelajah 'Assalamualaikum' Astro merupakan inisiatif untuk memberi pengalaman bermakna kepada komuniti setempat, termasuk rakaman Tazkirah Malam Jumaat di masjid serta aktiviti keagamaan yang melibatkan penyertaan artis.
  • Terengganu dipilih sebagai lokasi program berkenaan kerana negeri itu telah menerima sambutan luar biasa pada penganjuran sebelumnya, seiring dengan kempen Ramadan 2026 yang menekankan tema 'Bersama Lagi Jadi' untuk menzahirkan makna kebersamaan yang lebih mendalam.
  • Duta RaRa Astro 2026, Sharifah Shahira, meluahkan kegembiraan dan rasa syukur apabila dipilih sebagai duta, sambil menegaskan bahawa program 'Assalamualaikum' Astro merupakan platform untuk merapatkan jurang antara hiburan, kerohanian, dan komuniti, serta mengajak orang ramai untuk menghayati kandungan Ramadan menerusi program tersebut.

Menurut Penolong Kanan Naib Presiden Pemasaran Kandungan Kumpulan Astro, Ezura Shazween Kamal Bahrin, penganjuran program ini bertujuan memberi pengalaman istimewa kepada komuniti, khususnya dengan penglibatan langsung masyarakat dalam aktiviti keagamaan seperti rakaman Tazkirah Malam Jumaat di masjid bersama panel jemputan.
Selain pengisian kerohanian, program ‘Assalamualaikum’ turut menampilkan pelbagai aktiviti menarik yang melibatkan penyertaan artis secara langsung.
Antaranya termasuk pengedaran persiapan Ramadan dan Raya, pembukaan ruang kepada perniagaan kecil tempatan serta penglibatan penaja utama, Siti Khadijah, yang turut melancarkan koleksi baharu sempena program berkenaan.
“Program ini bukan sekadar mempromosikan kandungan Ramadan dan Raya Astro, tetapi memberi peluang kepada komuniti untuk bersama-sama merasai pengalaman rohani, termasuk rakaman Tazkirah Malam Jumaat yang turut dimeriahkan oleh rakan artis kami yang terlibat dalam program Ramadan dan Raya Astro,” katanya.
AWANIpagi | Siaran Luar: Assalamualaikum Terengganu | 7 Februari 2026
Mengulas pemilihan Terengganu sebagai lokasi program, Ezura menjelaskan bahawa negeri itu bukan asing bagi Astro. Malah, Terengganu merupakan antara lokasi yang menerima sambutan luar biasa pada penganjuran terdahulu.
Seiring dengan kempen Ramadan Astro 2026, tema ‘Bersama Lagi Jadi’ dipilih bagi menzahirkan makna kebersamaan yang lebih mendalam.
Tema ini menekankan bahawa Ramadan dan Syawal bukan sekadar tentang ibadah dan tradisi, tetapi juga peluang untuk mengukuhkan hubungan sesama manusia dan dengan Tuhan.
Sementara itu, Duta RaRa Astro 2026, Sharifah Shahira, menyifatkan pelantikannya sebagai satu penghargaan yang tidak disangka-sangka.
Beliau meluahkan rasa terharu dan teruja apabila diberi kepercayaan untuk menggalas peranan tersebut.
“Saya memang tak sangka akan terpilih. Bila ditawarkan, memang tak fikir dua kali. Tagline tahun ini pun sangat dekat dengan diri kita. Saya rasa bersyukur dapat bersama Astro dan hari ini berada di Masjid Seberang Takir, bertemu masyarakat setempat. Ini antara perkara yang saya idamkan,” katanya.
Program ‘Assalamualaikum’ terus menjadi platform Astro untuk merapatkan jurang antara hiburan, kerohanian dan komuniti, sekali gus menghidupkan semangat Ramadan melalui kebersamaan yang tulen.
Seiring tema ‘Bersama Lagi Jadi’, Astro mengajak orang ramai untuk menghayati kandungan Ramadan dan Tazkirah Malam Jumaat yang dirakam menerusi program ‘Assalamualaikum’, yang kini boleh distrim secara eksklusif di Astro One dan sooka.
Topic Berkaitan
#Assalammualaikum Terengganu
#Astro
#Ramadan
#Salam Ramadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan