Skip to main content

Dunia

Bekalan bahan api Australia dijangka semakin sukar dalam beberapa bulan akan datang - PM

61737009058_tbAnthonyAlbanese.jpg
Anthony Albanese berkata kerajaan sedang “bekerja tanpa henti” untuk menyediakan “pelan sebaik mungkin” serta bersiap sedia dan membuat persediaan rapi bagi menghadapi sebarang kemungkinan. - Gambar fail

CANBERRA: Bekalan bahan api Australia dilihat mencukupi dalam jangka pendek, namun dijangka menjadi lebih sukar dalam beberapa bulan akan datang, kata Perdana Menteri Australia Anthony Albanese pada Jumaat, lapor Xinhua.

Berucap pada sidang media di Bangunan Parlimen di Canberra mengenai krisis bahan api yang semakin meruncing di negara itu, Albanese berkata kerajaan sedang “bekerja tanpa henti” untuk menyediakan “pelan sebaik mungkin” serta bersiap sedia dan membuat persediaan rapi bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Advertisement

Albanese turut menyatakan perbincangannya yang “positif” dengan Malaysia, pembekal penting minyak kepada Australia, serta dengan rantau ASEAN secara keseluruhan.

Menteri Perubahan Iklim dan Tenaga Chris Bowen berkata bekalan petrol, diesel dan minyak negara itu masih kekal seperti biasa.

“Kerajaan sentiasa mengakui terdapat kekurangan sebenar dan tidak boleh diterima di kawasan luar bandar Australia apabila permintaan meningkat dengan begitu mendadak dan ia mengambil masa untuk memastikan bekalan domestik yang kukuh,” kata Bowen.

Albanese juga akan mempengerusikan mesyuarat kabinet nasional pada Isnin bagi membincangkan krisis bahan api tersebut.

Terdahulu pada hari yang sama, Ketua Pembangkang Angus Taylor menggesa kerajaan agar mengurangkan cukai eksais bahan api kepada separuh secara sementara selama tiga bulan.

Kerajaan pada Rabu mengakui yang kira-kira 470 stesen minyak di seluruh negara kehabisan sekurang-kurangnya satu jenis bahan api.

-- BERNAMA-XINHUA 

Must Watch Video