Seorang bekas anggota tentera yang dipecat dari tempat kerjanya April lalu, bertindak menembak mati lima bekas rakan sekerjanya dalam insiden tembakan di Orlando, Amerika Syarikat pada Isnin.

Dia kemudiannya membunuh diri.

Ketika kejadian, John Robert Neumann Jr., 45, yang bersenjatakan senapang semi automatik dan pisau memburu menyerbu masuk kilang bekas tempat kerjanya itu yang juga pengeluar kenderaan rekreasi.

Dia kemudiannya melepaskan beberapa tembakan di beberapa lokasi.

Insiden berlaku ketika pekerja mahu memulakan tugas masing-masing.

Ketika kejadian, 12 petugas berada di dalam premis, tujuh daripada mereka terselamat.

Kebanyakan mangsa mati ditembak di kepala dan cedera teruk di bahagian badan.

Polis tidak mengaitkan insiden dengan serangan pengganas.