awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas jurugambar peribadi Puteri Diana meninggal dunia

Agensi
Agensi
02/04/2022
13:08 MYT
Bekas jurugambar peribadi Puteri Diana meninggal dunia
Demarchelier merupakan jurugambar peribadi Puteri Diana pada tahun 1989. - REUTERS/Fred Prouser/File Photo
JURUGAMBAR fesyen terkemuka, Patrick Demarchelier meninggal dunia Khamis lalu.
Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan yang dimuat naik ke akaun Instagram jurugambar kelahiran Perancis itu.
“Dengan penuh rasa sedih kami mengumumkan kematian Patrick Demarchelier pada 31 Mac 2022, pada usia 78 tahun.
"Mendiang meninggalkan isteri, Mia, tiga anak lelaki iaitu Gustaf, Arthur dan Victor serta tiga orang cucu,” kenyataan itu menyebut.
Punca kematiannya tidak didedahkan, namun beberapa laporan mengatakan mendiang berada di St. Barths pada masa kematiannya.
Dilahirkan di Le Havre, Perancis, Demarchelier berpindah ke Paris sebelum memulakan kerjaya fotografinya di Amerika Syarikat tidak lama selepas itu.
Mendiang pernah bekerja dengan ramai selebriti, pelakon dan model terkenal seperti Naomi Campbell, Natalia Vodianova, Kate Winslet, Leonardo DiCaprio, Oprah Winfrey, Beyoncé dan Lupita Nyong'o selama beberapa dekad.
Demarchelier merupakan jurugambar peribadi Puteri Diana pada tahun 1989, menjadikannya jurugambar bukan kelahiran British pertama bekerja dengan keluarga diraja.
Peminat keluarga diraja menganggap potret Diana antara hasil karya paling ikonik Demarchelier.
Kerjaya yang cemerlang telah memberikannya banyak pengiktirafan termasuk Officier dans l'ordre des Arts et des Lettres, Perancis, pada tahun 2007.
Topic Berkaitan
#Patrick Demarchelier
#Jurugambar
#fesyen
#Puteri Diana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan