awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas pemimpin Bangladesh, Hasina didakwa lakukan genosid

Bernama
Bernama
14/08/2024
22:30 MYT
Bekas pemimpin Bangladesh, Hasina didakwa lakukan genosid
Sheikh Hasina dan sembilan yang lain didakwa melakukan "genosid dan jenayah terhadap kemanusiaan" semasa beberapa minggu protes ganas yang mengakibatkan ratusan orang terbunuh sebelum beliau meletak jawatan. - Gambar fail
DHAKA: Bekas Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina dan sembilan yang lain didakwa melakukan "genosid dan jenayah terhadap kemanusiaan" semasa beberapa minggu protes ganas yang mengakibatkan ratusan orang terbunuh sebelum beliau meletak jawatan, kata pegawai pada Rabu, lapor agensi berita Jerman (dpa).
"Penyiasatan terhadap kes ini telah dimulakan apabila kami secara rasmi mendaftarkan aduan berhubung perkara ini," kata Ataur Rahman, seorang pegawai kanan di Tribunal Jenayah Antarabangsa (ICT) kepada media tempatan.
ICT adalah mahkamah di Bangladesh yang dikhususkan untuk pendakwaan kes genosid dan jenayah terhadap kemanusiaan.
Setelah penyiasatan selesai, ICT akan menyerahkan penemuannya kepada pendakwa raya untuk menentukan langkah undang-undang seterusnya.
Gazi Tanim, seorang peguam Mahkamah Agung memfailkan aduan itu kepada ICT bagi pihak seorang bapa kepada pelajar darjah sembilan yang terbunuh akibat tembakan polis semasa protes pada 5 Ogos di pinggir Dhaka.
Empat anggota kanan Kabinet Hasina, bekas Ketua Polis Negara dan tiga pegawai polis lain juga dinamakan dalam kes terbabit.
Pempetisyen mendakwa bahawa tertuduh telah mengarahkan, merancang, dan melaksanakan genosid serta jenayah terhadap kemanusiaan dengan membunuh penunjuk perasaan awam anti-kerajaan yang tidak bersenjata.
Lebih 500 orang dilaporkan terbunuh semasa protes selama sebulan yang menuntut penamatan sistem kuota pekerjaan kerajaan yang didakwa mempunyai unsur diskriminasi dan akhirnya bertukar menjadi kebangkitan besar-besaran terhadap Kerajaan Hasina. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bangladesh
#Sheikh Hasina
#genosid
#protes ganas Bangladesh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan