awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas perdana menteri India, Vajpayee meninggal dunia

Bernama
Bernama
16/08/2018
22:37 MYT
Bekas perdana menteri India, Vajpayee meninggal dunia
Vajpayee berkhidmat sebagai Perdana Menteri India dari 16 Mei hingga 31 Mei 1996, dan selama dua penggal berturut-turut antara Mac 1998 hingga Mei 2004. - REUTERS / Fail
Bekas perdana menteri India, Atal Bihari Vajpayee meninggal dunia pada Khamis, demikian menurut kenyataan hospital, lapor Xinhua.
Vajpayee, 93, dari parti pemerintah Bharatiya Janata (BJP) dan masih bujang, menghembuskan nafas terakhirnya di Institut Sains Perubatan All India (AIIMS).
Bekas pemimpin itu telah terlantar sakit sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Sejak dimasukkan ke hospital sembilan minggu lepas berikutan masalah jangkitan ginjal dan sesak nafas, tahap kesihatannya semakin merosot dua hari lalu.
Beliau berkhidmat sebagai Perdana Menteri India dari 16 Mei hingga 31 Mei 1996, dan selama dua penggal berturut-turut antara Mac 1998 hingga Mei 2004.
Sangat aktif dalam politik dan beliau dilihat sebagai pemidato yang hebat, dan pernah berkhidmat sebagai wartawan selepas menamatkan pengajiannya.
Pernah memegang portfolio Menteri Hal Ehwal Luar India dari Mac 1977 hingga Julai 1979. Vajpayee menjadi ahli Parlimen India buat kali pertama pada 1957.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Atal Bihari Vajpayee
#Bharatiya Janata
#India
#jangkitan ginjal
#meninggal dunia
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan