awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Kembalilah...' - Zahid zahir kesudian UMNO sambut kembali mereka yang tidak lagi bersama parti
Kekok, skeptikal bersama seteru politik, namun UMNO perlu terus matang - Zahid
Motif kes bunuh di Sri Aman masih dalam siasatan - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas PM Bangladesh, Hasina dan anak saudara Tulip Siddiq didapati bersalah kerana rasuah

Agensi
Agensi
01/12/2025
22:00 MYT
Bekas PM Bangladesh, Hasina dan anak saudara Tulip Siddiq didapati bersalah kerana rasuah
Tulip Siddiq (kiri) di samping ibu saudaranya, Sheikh Hasina ketika berkunjung ke Kremlin, Moscow, Rusia pada 15 Januari 2013. - Gambar fail AP
DHAKA: Mahkamah di ibu negara Bangladesh pada Isnin (1 Dis) menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap bekas Perdana Menteri, Sheikh Hasina dan dua tahun terhadap anak saudaranya yang juga Ahli Parlimen Parti Buruh Britain, Tulip Siddiq, atas kesalahan rasuah berkaitan projek tanah kerajaan.
Hakim Mahkamah Khas Dhaka, Rabiul Alam berkata, Hasina menyalahgunakan kuasa ketika memegang jawatan Perdana Menteri, manakala Siddiq didapati bersalah kerana mempengaruhi secara tidak wajar bagi membantu ibunya mendapatkan sebidang tanah dalam projek kerajaan.
Ibu Siddiq, Sheikh Rehana pula dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan dianggap sebagai pelaku utama dalam kes tersebut.
Kes itu melibatkan projek Purbachal New Town di pinggir Dhaka.
Hasina kini berada dalam buangan di India sejak digulingkan melalui kebangkitan rakyat tahun lalu. Perbicaraan terhadapnya dan beberapa kes lain dijalankan tanpa kehadirannya.
Sementara itu, Siddiq yang mewakili kawasan Hampstead dan Highgate di London, menyifatkan keputusan mahkamah itu sebagai tidak wajar.
“Keseluruhan proses ini cacat dan tidak masuk akal dari awal hingga akhir. Keputusan mahkamah kangaroo ini sudah dijangka dan tidak berasas,” katanya kepada akhbar Guardian pada Isnin.
Siddiq meletak jawatan sebagai menteri Britain yang bertanggungjawab terhadap perkhidmatan kewangan dan usaha anti-rasuah pada Januari selepas dikaitkan dengan hubungan kewangan bersama Hasina, namun beliau kekal sebagai Ahli Parlimen.
Beliau sebelum ini menolak dakwaan tersebut yang disifatkannya sebagai “fitnah bermotif politik.” - Agensi
Topic Berkaitan
#Sheikh Hasina
#anak saudara Sheikh Hasina
#Tulip Siddiq
#ahli parlimen britain
#bekas PM Bangladesh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan