awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri

Rudi Affendi Khalik
Rudi Affendi Khalik
09/02/2026
22:50 MYT
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
Sekitar jam 4.30 pagi pada Ahad, seorang lelaki yang berusia 46 tahun maut setelah dirempuh kenderaan yang tidak dikenal pasti selepas menukar tayar kenderaan Perodua Kancil miliknya di bahu jalan.
SRI AMAN: Seorang penjawat awam berusia 49 tahun tampil menyerah diri kepada pihak polis susulan kes langgar lari yang menyebabkan seorang lelaki maut, manakala isterinya cedera parah di Kilometer 7, Jalan Sri Aman di sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Sri Aman, Superitendan Dennis Bunyam berkata, suspek kemudian ditahan untuk soal siasat sebelum dibebaskan dengan jaminan polis setelah dirakam kenyataan.
Turut disita sebuah kenderaan SUV bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Terdahulu, sekitar jam 4.30 pagi pada Ahad, seorang lelaki yang berusia 46 tahun maut setelah dirempuh kenderaan yang tidak dikenal pasti selepas menukar tayar kenderaan Perodua Kancil miliknya di bahu jalan.
Identiti mangsa yang meninggal dunia di Hospital Sri Aman kemudian dikenal pasti sebagai Ranggau Berandak dari Rumah Evelyn, Sungai Raya, Undop, sementara isterinya, Chindu Malang, 36, cedera parah.
Polis kemudian menasihatkan suspek yang terlibat agar menyerah diri untuk membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#langgar lari
#langgar mati
#penjawat awam
#serah diri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan