Bekas PM Korea Selatan Lee Hae-Chan meninggal dunia di Vietnam

Bekas Perdana Menteri Korea Selatan Lee Hae-chan meninggal dunia pada Ahad ketika sedang dalam lawatan ke Vietnam pada usia 73 tahun. - Gambar fail
SEOUL: Bekas Perdana Menteri Korea Selatan Lee Hae-chan meninggal dunia pada Ahad ketika sedang dalam lawatan ke Vietnam pada usia 73 tahun, lapor Agensi Berita Yonhap.
Lee, yang berkhidmat sebagai Naib Pengerusi Kanan Majlis Penasihat Penyatuan Aman, dilaporkan rebah dan pengsan di Bandaraya Ho Chi Minh pada Jumaat, menurut pegawai.
Beliau dibawa dengan ambulans ke sebuah hospital tempatan dan menjalani prosedur pemasangan "stent", namun kemudiannya disahkan meninggal dunia.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


