awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Agong berangkat melawat Saint Petersburg, kota bersejarah Rusia
Guru rugi RM325,000 terperdaya phone scam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 4,000 wanita di Melaka jalani saringan ujian HPV DNA - Exco

Bernama
Bernama
25/01/2026
15:00 MYT
Lebih 4,000 wanita di Melaka jalani saringan ujian HPV DNA - Exco
Kalsom berkata daripada jumlah itu, sebanyak 211 wanita didapati positif HPV dan kebanyakan mereka berusia 40 tahun ke atas. - Gambar fail/Bernama
ALOR GAJAH: Sebanyak 4,003 wanita di Melaka telah menjalani saringan ujian Human Papillomavirus (HPV) DNA secara percuma yang dilaksanakan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dalam tempoh 2019 hingga tahun lepas.

Ringkasan AI
  • LPPKN Melaka jalankan saringan ujian HPV percuma kepada 4,003 wanita dari 2019 hingga tahun lepas; 211 di antaranya positif HPV, kebanyakan berusia 40 tahun ke atas.
  • Pada tahun ini, LPPKN negeri sasar 1,000 wanita untuk ujian saringan kanser serviks, dengan pendekatan pelbagai termasuk program outreach.
  • Ujian HPV DNA boleh dilakukan sendiri oleh wanita menggunakan Kit Ujian HPV DNA LPPKN, memudahkan proses tanpa rasa sakit; kesedaran dan pencegahan kanser serviks ditekankan untuk golongan wanita berisiko.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri Datuk Kalsom Nordin berkata daripada jumlah itu, sebanyak 211 wanita didapati positif HPV dan kebanyakan mereka berusia 40 tahun ke atas.
Beliau berkata pada tahun ini, LPPKN negeri menyasarkan 1,000 wanita untuk disaring melalui pelbagai pendekatan, termasuk program outreach oleh Pusat Keluarga Bergerak LPPKN.
"Setakat ini, jumlah wanita yang menjalani ujian saringan kanser serviks di Melaka masih rendah, namun ia meningkat dari tahun ke tahun kerana kesedaran berkaitan pemeriksaan awal penyakit itu semakin tinggi.
Sebahagian golongan wanita sebelum ini takut untuk menjalani ujian saringan kerana fobia, manakala ada pula yang tidak menyedari gejala atau simptom yang mereka hadapi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Sambutan Bulan Kesedaran Kanser Serviks Peringkat Negeri Melaka 2026 di Kampung Orang Asli Bukit Payung, yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taboh Naning, Datuk Zulkiflee Mohd Zin.
Kalsom berkata ujian saringan kanser serviks kini boleh dilakukan sendiri oleh golongan wanita menggunakan Kit Ujian HPV DNA yang dibekalkan LPPKN, yang lebih mudah dan tidak menyakitkan.
Beliau berkata keputusan ujian boleh diperoleh dalam tempoh dua minggu dan wanita juga boleh melakukan saringan di Klinik Nur Sejahtera LPPKN negeri selain melalui Klinik Bergerak LPPKN semasa program outreach secara berperingkat di seluruh negeri.
"Saringan awal bagi mengesan kanser serviks disarankan terutamanya untuk wanita berusia 30 tahun ke atas kerana mereka merupakan kumpulan paling berisiko.
Usaha ini amat penting supaya langkah pencegahan dan rawatan sesuai dapat dilaksanakan sekiranya wanita yang disaring dikesan positif HPV," katanya.
Terdahulu, sebanyak 50 wanita daripada masyarakat Orang Asli di kampung berkenaan menjalani saringan ujian HPV DNA pada program itu.
Katanya program berkenaan akan diperluaskan ke kampung Orang Asli lain di negeri itu bagi memberi pendedahan mengenai ujian HPV DNA dan menggalakkan golongan wanita menjalani saringan secara berkala.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Orang Asli
#LPPKN
#ujian saringan
#kanser serviks
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan