awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Pahang tangguh perjalanan bantu mangsa kemalangan di Temerloh
Asas ekonomi kukuh lonjak prestasi ringgit ke tahap paling cemerlang, bukan kadar Fed AS - Penganalisis
Selangor, Terengganu sah ke separuh akhir Piala Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas PM Korea Selatan Lee Hae-chan kritikal di Vietnam, jalani prosedur jantung selepas rebah

Bernama
Bernama
23/01/2026
21:30 MYT
Bekas PM Korea Selatan Lee Hae-chan kritikal di Vietnam, jalani prosedur jantung selepas rebah
Lee Hae-chan (gambar) dilaporkan mengalami simptom seperti selesema sehari sebelum berlepas ke Vietnam dan sedang bersiap untuk pulang ke tanah air selepas keadaannya bertambah teruk. - Foto Agensi/Sinar Harian
SEOUL: Bekas Perdana Menteri Korea Selatan, Lee Hae-chan, yang sedang melawat Vietnam, dikejarkan ke hospital tempatan pada Jumaat akibat serangan jantung dan kini berada dalam keadaan kritikal, menurut pegawai, lapor Agensi Berita Yonhap.

Ringkasan AI
  • Bekas Perdana Menteri Korea Selatan, Lee Hae-chan, dikejarkan ke hospital Vietnam akibat serangan jantung dan kini dalam keadaan kritikal.
  • Lee tiba di Vietnam untuk mesyuarat PUAC sebelum mengalami kesukaran bernafas yang memerlukan CPR dan prosedur pemasangan stent.
  • Cheong Wa Dae merancang menghantar setiausaha kanan ke Vietnam bagi membantu urusan Lee yang dirawat di hospital.

Lee, yang kini memegang jawatan Naib Pengerusi Kanan Majlis Penasihat Penyatuan Keamanan (PUAC), rebah kira-kira 1 tengah hari (waktu tempatan) selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat di Bandar Raya Ho Chi Minh ketika mahu pulang ke Korea Selatan, menurut pegawai PUAC.
Bekas perdana menteri itu tiba di Vietnam pada Khamis bagi menghadiri mesyuarat cawangan PUAC Vietnam.
Menurut pegawai, Lee mengadu mengalami simptom seperti selesema sebelum berlepas ke Vietnam sehari sebelumnya dan sedang bersiap untuk pulang ke tanah air selepas keadaannya bertambah teruk.
Beliau mengalami kesukaran bernafas dan dibawa ke hospital tempatan dengan ambulans sambil menerima resusitasi kardiopulmonari (CPR).
Lee menjalani prosedur pemasangan stent dan kini bernafas dengan bantuan alat pernafasan mekanikal. Beliau dijangka kekal dirawat di hospital sehingga keadaannya stabil.
Pegawai berkata Lee mengalami henti jantung sebanyak dua kali semasa proses pemindahan dan rawatan.
Cheong Wa Dae (Pejabat Presiden Korea Selatan) dilaporkan merancang untuk menghantar seorang setiausaha kanan ke Vietnam awal Sabtu bagi membantu urusan Lee sepanjang tempoh beliau dimasukkan ke hospital.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#Lee Hae-chan
#serangan jantung
#bekas PM Korea Selatan
#Vietnam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan