Skip to main content

Malaysia

Anwar minta Loke sambung tugas secepat mungkin

Anwar melakukan senaman robot pada Majlis Perasmian Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 di Litar Antarabangsa Sepang hari ini.  Turut kelihatan, Dr Mohammad Taufiq (kiri).  --fotoBERNAMA
Anwar melakukan senaman robot pada Majlis Perasmian Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 di Litar Antarabangsa Sepang hari ini. Turut kelihatan, Dr Mohammad Taufiq (kiri). --fotoBERNAMA
Advertisement

SEREMBAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Menteri Pengangkutan Anthony Loke menyambung tugas secepat mungkin kerana kementerian itu memainkan peranan penting dalam menghubungkan rakyat melalui pelbagai prasarana pengangkutan.

Anwar berkata beliau menghormati dan memahami alasan peletakan jawatan dikemukakan Loke, namun menegaskan tanggungjawab berkhidmat kepada rakyat dan negara perlu diutamakan.

“Prestasi beliau baik, membanggakan. Jadi sebab itulah saya, selaku Perdana Menteri, sukar menerima cadangan beliau untuk meletakkan jawatan.

Advertisement

"Menteri Pengangkutan (Loke) masih bercuti. Tapi saya arahkan mesti hadir majlis ini kerana Kementerian Pengangkutan menjadi tuan rumah bersama dengan Kerajaan Negeri Sembilan.  Dia bercuti dan saya telah minta dia sambung kerja,” kata beliau ketika berucap pada program Yakin MADANI "Memaknai Harapan Rakyat" di Kompleks Belia dan Sukan di Paroi, di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Loke, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq bin Johari dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Datuk Seri Dr Awaludin Said.

Advertisement

Anwar berkata Kementerian Pengangkutan adalah antara kementerian besar dan strategik kerana memainkan peranan penting dalam menghubungkan rakyat melalui prasarana pengangkutan udara, laut serta jalan raya.

Beliau berkata alasan dikemukakan Loke, yang juga Setiausaha Agung DAP tidak seharusnya mengatasi tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara.

“Alasan apa pun tidak boleh mengatasi peranan kita untuk mengabdi kepada rakyat dan negara,” kata beliau.

Pada 10 Nov, Loke mengumumkan peletakan jawatannya dalam Kabinet berkuat kuasa serta-merta susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah bermula pada hari berkenaan.

Bagaimanapun, Loke dan Ahli Parlimen DAP lain kekal menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.  

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement