WASHINGTON: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Bill Clinton disahkan positif COVID-19 pada Rabu.

Clinton, 76, menerusi ciapan di Twitter memaklumkan bahawa beliau hanya mengalami "gejala ringan", lapor Xinhua.

Beliau menggesa "orang ramai untuk mendapatkan suntikan penggalak vaksin COVID-19, terutamanya musim sejuk bakal tiba". - BERNAMA