awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Presiden Brazil Bolsonaro mohon bebas tuduhan cubaan rampas kuasa

Bernama
Bernama
14/08/2025
11:40 MYT
Bekas Presiden Brazil Bolsonaro mohon bebas tuduhan cubaan rampas kuasa
Pasukan pembelaan Bolsonaro berkata tuduhan terhadap beliau berpunca daripada "tafsiran yang diselewengkan" terhadap tindakan dan kenyataan yang diambil di luar konteks. - Reuters
RIO DE JANEIRO: Bekas Presiden Brazil Jair Bolsonaro memohon untuk dibebaskan daripada tuduhan dalam perbicaraan berkaitan cubaan rampasan kuasa, dengan mendakwa pertuduhan terhadapnya adalah berdasarkan "tafsiran yang diselewengkan", lapor Agensi Berita Jerman (dpa) pada Rabu, memetik laman berita G1.
Dalam hujahan penutup setebal kira-kira 200 muka surat, pasukan pembelaan Bolsonaro berkata tuduhan terhadap beliau berpunca daripada "tafsiran yang diselewengkan" terhadap tindakan dan kenyataan yang diambil di luar konteks.
Pihak pendakwa menuduh Bolsonaro merancang rampasan kuasa bagi membatalkan kekalahan beliau dalam pilihan raya 2022 kepada Luiz Inacio Lula da Silva, dalam usaha untuk "memusnahkan sistem perundangan demokratik" negara itu.
Peguam Bolsonaro menolak tuduhan itu dan menegaskan beliau "tidak pernah terbabit dalam sebarang konspirasi yang didakwa", dan tiada bukti yang boleh dipercayai mengaitkannya dengan rusuhan atau rancangan rampasan kuasa.
Mereka berkata bekas presiden berusia 70 tahun itu sentiasa mempertahankan demokrasi dan tidak pernah cuba menghalang Lula daripada mengambil alih jawatan.
Bekas pemimpin berhaluan kanan itu, yang kini dikenakan tahanan rumah kerana didakwa melanggar sekatan mahkamah, turut menuduh media melakukan "pembunuhan karakter secara besar-besaran" dan menghakiminya terlebih dahulu.
Dengan hujahan penutup kini dikemukakan oleh kedua-dua pihak pendakwa dan pembela, perbicaraan ini memasuki peringkat akhir. Keputusan bagi Bolsonaro dan rakan tertuduhnya dijangka diumumkan dalam beberapa minggu akan datang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bekas Presiden
#Brazil
#Jair Bolsonaro
#Rampas kuasa
#tuduhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan