awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye, dihukum penjara 24 tahun

Agensi
Agensi
06/04/2018
09:24 MYT
Bekas Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye, dihukum penjara 24 tahun
Park Geun-hye dihukum penjara 24 tahun atas kesalahan skandal rasuah melibatkan syarikat-syarikat konglomerat hingga menjejaskan kelancaran pentanbiran negara. - REUTERS
Bekas individu nombor satu Korea Selatan, Park Geun-hye dihukum penjara 24 tahun atas kesalahan skandal rasuah melibatkan beberapa pimpinan politik dan syarikat konglomerat.
Pada tahun lepas, beliau telah dipaksa keluar daripada pejabatnya selepas diperintah oleh Mahkamah Perlembagaan atas skandal itu.
BACA LAGI: Bekas Presiden Korea Selatan didakwa dalam skandal rasuah
Bukan itu sahaja, pihak mahkamah menyaman Park sebanyak AS$16.9 juta (RM65.42 juta) selepas didapati bersalah memberi rasuah dan menyalahgunakan kuasa.
“Pihak defendan menyalahgunakan kuasa presiden setelah diamanahkan oleh rakyat, malah kesalahannya itu telah menjejaskan kelancaran pentadbiran negara,” kata Hakim Kim Se-yoon seperti yang dipetik Reuters.
Mahkamah turut mendapati, Park telah bersengkokol dengan rakan lamanya, Choi Soon-sil, untuk menerima 23.1 juta Won (RM83,655) daripada beberapa syarikat yang besar seperti Samsung dan Lotte untuk membantu keluarga Choi dan membiayai yayasan yang dimilikinya.
Park, 66 tahun, telah dipenjara sejak 31 Mac 2017 dan menafikan kesalahan yang dilakukannya malah sering menyalahkan Choi dan setiausaha kawannya itu.
BACA LAGI: Pyongyang arah hukuman mati ke atas Park Geun-hye
Pejabat Presiden Korea Selatan yang kini dipegang oleh Moon Jae-in, beranggapan sejarah hari ini tidak boleh dilupakan dan diharapkan tidak akan berlaku lagi.
Di luar mahkamah pula, lebih kurang 1,000 penyokong Park hadir memberi sokongan sambil mengibarkan bendera kebangsaan.
Rata-rata penyokong merasakan, hukuman penjara yang dijatuhkan terhadap pemimpin mereka adalah bersifat dendam politik.
Topic Berkaitan
#Amanah
#hukuman penjara
#integriti
#Korea Selatan
#mahkamah
#Park Geun-Hye
#presiden
#Rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan