Skip to main content

Dunia

Belgium catat hampir 3,000 kematian akibat gelombang haba musim panas

Fire services personnel are deployed as smoke rises from a wildfire, in the High Fens region of Belgium, August 17, 2026. Balgian Federal Police/Handout via REUTERS
Belgium mencatat hampir 3,000 kematian berlebihan dalam tiga tempoh suhu tinggi pada musim panas ini, menurut data yang dikeluarkan pada Khamis oleh institut kesihatan awam negara itu, Sciensano. - Foto Balgian Federal Police/via REUTERS
Advertisement

BRUSSELS: Belgium mencatat hampir 3,000 kematian berlebihan dalam tiga tempoh suhu tinggi pada musim panas ini, menurut data yang dikeluarkan pada Khamis oleh institut kesihatan awam negara itu, Sciensano, lapor Xinhua.

Data daripada sistem Pemantauan Kematian Belgium (Be-MOMO) Sciensano menunjukkan 2,035 kematian dicatatkan ketika gelombang haba pertama dari 18 Jun hingga 3 Julai, iaitu peningkatan kadar kematian sebanyak 48.8 peratus. Gelombang haba kedua, dari 4 hingga 17 Julai, menyaksikan 535 kematian berlebihan atau peningkatan 14.8 peratus manakala tempoh ketiga cuaca panas melampau, dari 28 Julai hingga 16 Ogos, menyaksikan peningkatan kadar kematian sebanyak 7 peratus, bersamaan 365 kematian.

Sciensano berkata gelombang haba pertama memberi kesan paling ketara terhadap kadar kematian, dengan peningkatan besar dalam jumlah kematian dalam kalangan mereka yang berusia 15 hingga 64 tahun. Ia merupakan tahap kematian berlebihan tertinggi, dari segi jumlah mutlak dan peratusan, dalam kalangan gelombang haba yang dianalisis di Belgium sejak 2000.

Menurut institut itu, keadaan berkenaan dikaitkan dengan gabungan beberapa faktor, iaitu tempoh gelombang haba, intensiti haba dan kepekatan ozon.

Menurutnya lagi, suhu maksimum di Belgium berada sekitar 30 darjah Celsius selama 10 hari berturut-turut mulai 18 Jun, termasuk tiga hari apabila suhu menghampiri 35 darjah Celsius manakala kepekatan ozon kekal melebihi 100 mikrogram semeter padu selama 10 hari berturut-turut.

Be-MOMO memantau kematian daripada semua punca dengan membandingkan jumlah kematian yang direkodkan dengan jumlah kematian yang dijangka berdasarkan analisis statistik. Angka terbaharu itu masih boleh disemak semula apabila data kematian dimuktamadkan, menurut Sciensano.

-- BERNAMA-XINHUA

 

Must Watch Video

Advertisement