Skip to main content

Dunia

Bencana Nepal: Angka kematian cecah 1,453, hilang 6,664

Members of a search and rescue teams carry the body of a victim from the inside the Chilime Hydropower Project tunnel, following deadly flash floods and mudslides hit parts of Nepal, in this handout obtained by Reuters on September 16, 2026. Nepal Army/Handout via REUTERS
Anggota pasukan mencari dan menyelamat membawa keluar mayat mangsa dari dalam terowong Projek Hidroelektrik Chilime, susulan kejadian banjir kilat dan tanah runtuh di Nepal, 16 Sept 2026. REUTERS
Advertisement

ISTANBUL: Angka kematian akibat banjir kilat dan aliran lumpur dahsyat bulan lepas di sempadan Nepal-China meningkat kepada 1,453 pada Khamis, dengan 6,664 hilang di kedua-dua belah pihak, lapor Anadolu Ajansi, memetik pihak berkuasa.

Pihak Berkuasa Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan berkata 1,410 orang meninggal dunia, dengan 13,756 diselamatkan di Nepal. Sebanyak 6,145 orang hilang termasuk 587 daripadanya warga asing.

Di China, jumlah kematian kekal 43 orang dengan 519 hilang, termasuk 261 warga asing di Tibet.

Bencana itu melanda pada 26 Ogos apabila glasier di Gunung Langtang Lirung Nepal retak pada ketinggian 5,200 meter.

Keretakan itu mencetuskan runtuhan ais batu yang bertukar menjadi aliran serpihan mega dan menghentam lembah di sepanjang sempadan.

Banjir dan lumpur memusnahkan daerah Rasuwa, Nuwakot, Dhading dan Kavre di Nepal, serta Lembah Kathmandu, selain turut menimpa lintasan sempadan Gyirong di Xizang.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video

Advertisement