awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekatan ke luar negara hanya kepada peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas
Kuala Lumpur dipacu sebagai bandar pintar berpaksikan rakyat - Hannah
Reman lelaki disyaki bunuh ibu disambung tujuh hari lagi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berang dengan suami, wanita tergamak rendam anak tiri 2 tahun dalam air mendidih

Astro Awani
Astro Awani
13/02/2021
03:41 MYT
Berang dengan suami, wanita tergamak rendam anak tiri 2 tahun dalam air mendidih
Mangsa meninggal dunia dua minggu selepas kejadian ketika mendapat rawatan. - Gambar hiasan
AMMAN:Akibat berang dengan suami, seorang wanita bertindak kejam dengan merendam anak tirinya yang berusia 2 tahun di dalam tab mandi berisi air panas mendidih.
Dalam kejadian pada 1 Oktober 2018, suami tertuduh memintanya menjaga kedua-dua anaknya yang berusia 2 dan 4 tahun tersebut sepeninggalannya ke tempat kerja.
Tertuduh yang masih tidak berpuas hati terhadap suaminya selepas pertengkaran mereka sebelum itu bertindak melepaskan amarah ke atas kedua-dua anak tirinya.
Mahkamah diberitahu bahawa tertuduh mengisi tab mandi dengan air mendidih sebelum merendam anak tirinya yang berusia 2 tahun.
Mangsa kemudian dibawa ke hospital dengan kesan lecur pada hampir keseluruhan badan.
Mangsa meninggal dunia dua minggu selepas kejadian ketika mendapat rawatan.
Dalam prosiding kes tersebut di Mahkamah Tinggi Jordan, suspek mendakwa bertindak demikian kerana dendam selepas bertengkar dengan suaminya.
Mahkamah turut diberitahu bahawa suspek juga sering memukul dan mendera mangsa.
Suspek yang namanya tidak didedahkan dijatuhi hukuman penjara 20 tahun atas tindakannya itu.
Topic Berkaitan
#mahkamah
#meninggal dunia
#mangsa
#suspek
#penjara
#Jordan
#dera anak
#bunuh
#jenayah
#rendam air panas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan