awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berbelas orang pengsan hadiri kempen politik Raja Dangdut Indonesia

Bernama
Bernama
27/03/2014
01:10 MYT
Berbelas orang pengsan hadiri kempen politik Raja Dangdut Indonesia
Kempen politik bakal calon Presiden Indonesia dari Parti Kebangkitan Bangsa (PKB), Rhoma Irama, kecoh apabila berbelas orang pengsan ketika Raja Dangdut itu menyanyi di Lapangan Maron, Genteng, Banyuwangi pagi semalam.
Insiden tercetus ketika Rhoma yang diiringi Soneta Group, membuka kempen politiknya menjelang Pemilihan Umum (Pemilu) 2014, dengan mendendangkan lagu berjudul 'Persatuan' dalam keadaan cuaca terik.
Walaupun cuaca panas, ia tidak menghalang ribuan penyokong PKB dan peminat setia penyanyi tersohor itu, untuk bersama-sama berjoget mengiringi persembahannya.
Ketika menyampaikan lagu kedua berjudul 'Bhinneka Tunggal Ika', seorang demi seorang penyokong penyanyi terkenal itu, yang majoritinya wanita jatuh pengsan.
Keadaan itu memaksa petugas keselamatan dan penyokong lain, segera mengusung keluar mereka yang pengsan dari padang yang penuh sesak itu.
Seorang penyokong PKB yang pengsan itu, Lisna berkata cuaca yang sangat terik menyebabkan dia tidak mampu bertahan sehingga membuatkannya rebah.
"Anak saya yang belajar di sekolah rendah juga ikut sama menghadiri kempen politik ini. Selepas Bang Rhoma nyanyi, orang ramai mula berjoget. Akhirnya saya dan anak terperangkap dalam kesesakan orang ramai," katanya.
Sebagai anggota badan bukan kerajaan, Nahdhatul Ulama yang menyokong perjuangan PKB, Lisna berkata beliau hadir untuk mendengar ceramah daripada 'kiai' yang turut serta dalam kempen politik itu.
"Di PKB, banyak kiai yang datang. Saya datang untuk mencari pahala sekali gus melihat Rhoma," katanya.
Joko Supeno, 28, pula berkata kehadirannya pada kempen politik itu kerana beliau begitu meminati penyanyi tersohor itu.
"Datang ke sini belum tentu memilih PKB kan? Saya hanya penggemar Rhoma," katanya.
Topic Berkaitan
#Indonesia
#Parti Kebangkitan Bangsa
#Pemilihan Umum 2014
#Pemilu
#Rhoma Irama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan