Gara-gara bertengkar dengan bekas suami, seorang wanita di China bertindak menanggalkan pakaiannya di khalayak ramai.

Menurut laporan berita Bangka Pos, wanita itu secara kebetulan bertembung dengan bekas suaminya ketika berada di sebuah pusat membeli belah.

Keduanya dikatakan mula bertengkar sehinggalah si bekas suami menampar pipi wanita itu.

Menurut saksi, lelaki tersebut mengungkit pemberiannya kepada bekas isterinya itu.

"Aku yang membeli telefon bimbit mu! Pakaian yang kamu pakai itu aku juga yang membelinya," teriak lelaki tersebut.

Berang mendengar kata-kata bekas suaminya, tanpa berlengah wanita itu mencampakkan telefon bimbitnya lalu menanggalkan pakaian walaupun cuba ditegah.

Kejadian itu mengejutkan pengunjung lain yang berada berhampiran dan ada yang cuba memberi jaket kepada wanita tersebut ketika dia berjalan menuju lif.

Tidak diketahui apa yang terjadi pada wanita berkenaan selepas itu.