awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Britney Spears kahwin secara eksklusif, bekas suami pula buat kecoh!

Gempak
Gempak
10/06/2022
09:23 MYT
Britney Spears kahwin secara eksklusif, bekas suami pula buat kecoh!
Menerusi foto tersebar, Alexander dilihat turut terbaring sewaktu ditahan. - Sumber gambar Vanity Fair
PENYANYI pop terkenal Britney Spears, 40, akhirnya berkahwin dengan pasangannya Sam Asghari, 28, di rumah agam yang terletak di Thousand Oaks.
Mengabadikan hari perkahwinannya itu, Britney kelihatan sungguh menawan dengan gaun pengantin Versace yang dicipta oleh ikon fesyen legenda Donatella Versace.
Difahamkan juga, penyanyi Womanizer itu turut menyarung barang kemas mewah oleh Stephanie Gottlieb manakala soleknya diserikan oleh Charlotte Tilbury.
Tambah menarik, majlis eksklusif itu turut dihadiri ramai selebriti Hollywood bertaraf A-list termasuklah Paris Hilton dan Drew Barrymore.
Malah, hanya abangnya, Bryan Spears yang mendapat jemputan ke majlis berkenaan, manakala ibu bapa dan adiknya, Jamie Spears tidak diundang.
Dalam perkembangan lain, polis menahan bekas suami Britney Spears, Jason Alexander selepas membuat kecoh di majlis perkahwinan berkenaan.
Alexander yang juga suami pertama Spears dilaporkan menceroboh dan memasuki rumahnya ketika upacara sedang berlangsung.
Menerusi foto tersebar, Alexander dilihat turut terbaring sewaktu ditahan.
Untuk rekod, ini adalah perkahwinan ketiga penyanyi pop itu.
Terdahulu, Spears dan Asghari bertunang sebelum mengumumkan dia hamil pada April lalu.
Perkahwinan keduanya adalah bersama Kevin Federline pada 2004.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Preston, 16, dan Jayden James, 15.
*Artikel asal disiarkan di Gempak
Topic Berkaitan
#britney spears
#kahwin
#Sam Asghari
#bekas suami
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan