SEORANG sami Buddha dibuang dari kuil selepas didapati mencuri enam pasang seluar dalam di Suphaburi, Thailand.

Dalam video yang dirakam pada Isnin, Theeraphap Worradilok, 49, memasukkan seluar dalam yang masih basah ke dalam beg kain yang digalas sebelum meninggalkan lorong tersebut.

Pemilik kediaman, Kittisak Khajornnetikhikhun, 40, mendapati seluar dalam isteri dan anak perempuannya hilang pada sebelah petang.

Selepas memeriksa rakaman CCTV, Kittisak terkejut melihat seluar dalam yang hilang itu dicuri oleh seorang lelaki yang dianggap suci.

"Seluar dalam itu tidak mahal. Isteri saya boleh membelinya lagi, walaupun salah satu yang dicuri adalah kesayangannya.

"Para wanita di luar sana harus diberi amaran tentang 'tabiat' sami ini dan sebab itu kami melaporkannya," kata Kittisak Khajornnetikhikhun.

Ketua kuil memberitahu polis bahawa sami terbabit baru-baru ini didakwa telah berhenti mengambil ubat yang diberikan doktor hingga dipercayai berkelakuan aneh.

Menurut laporan metro.co.uk, Polis Kolonel, Phuwadit Khongpet berkata mereka akan meneruskan siasatan mencari sami itu dan akan mengambil tindakan undang-undang.