ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad 21 Mac 2021.

1.  Zii Jia tumpaskan Axelsen, rangkul kejuaraan All England

Pemain perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia, berjaya merangkul gelaran juara kejohanan badminton All England buat pertama kali selepas menewaskan jaguh dari Denmark, Viktor Axelsen.

2. Rakyat Taiwan digesa untuk tidak menukar nama kepada 'Salmon'

Rakyat Taiwan digesa supaya berhenti menukar nama kepada "salmon" bagi menikmati tawaran hebat restauran sushi di pulau tersebut.

3. Satu dekad konflik kemanusiaan Syria - Ibrah dan refleksi

ADA yang bertanyakan, kenapa penulis masih lagi terus berjuang dalam isu Syria yang telah satu dekad lamanya berlaku?

Jawapan penulis adalah kerana penulis telah menjadi saksi kepada kezaliman dan kekejaman yang berlaku di Syria.

4. Diracun di taman negara, enam bangkai singa ditemukan dalam keadaan dikerat-kerat

Ahli konservasi dan pejuang hidupan liar dikejutkan dengan penemuan enam bangkai singa, dalam keadaan bahagian tubuh yang terkerat dan tercerai, di salah sebuah taman negara Uganda.

5. Warga UK tuntut protes aman dibenarkan

Penunjuk perasaan di London turun ke jalan bagi berdemonstrasi menentang beberapa sekatan akibat COVID-19.

6. Disangka dadah, rupanya hanya gula-gula

POLIS Perancis menggumumkan telah berjaya patahkan sindiket pengedaran dadah dengan rampasan bernilai AS$1.2 juta.

7. COVID-19 | Pantai-pantai di Rio De Janeiro ditutup

Pantai-pantai ikonik di Rio De Janeiro, Brazil ditutup buat pengunjung bermula Sabtu buat pertama kali sejak ia mula dibuka semula pada Julai tahun lepas. Ini susulan berlakunya peningkatan drastik jumlah kes COVID-19 di hospital sehingga menyaksikan sistem kesihatan negara itu dalam keadaan tertekan.

8. Protes Anti-Kerajaan | Tunjuk perasaan bertukar ganas

Tunjuk perasaan anti-kerajaan di Thailand bertukar ganas apabila polis melepaskan tembakan meriam air, gas pemedih mata dan peluru getah bagi menyuraikan orang ramai yang berhimpun berhampiran istana besar di Bangkok. Media tempatan melaporkan bahawa kira-kira 30 orang cedera dan sekurang-kurangnya lima yang lain ditahan.

9. Tiger Woods bersyukur dibenarkan pulang ke pangkuan anak-anak

Pemain golf terkemuka dunia Tiger Woods sangat bersyukur kerana masih hidup selepas terlibat dalam kemalangan bulan lepas.

10. Dua maut, lima cedera letupan di utara Syria

AL-BAB: Dua maut manakala lima lagi cedera dalam satu letupan di sebuah gudang perkapalan di utara Syria pada Sabtu, menurut Pasukan Pertahanan Awam negara itu yang dikenali sebagai 'The White Helmets'.