POLIS Perancis menggumumkan telah berjaya patahkan sindiket pengedaran dadah dengan rampasan bernilai AS$1.2 juta.

Namun siasatan lanjutan yang dijalankan mendapati, dadah jenis esctasy yang dirampas minggu lepas itu, hanya gula-gula berwarna merah jambu dalam bentuk serbuk.

Menurut laporan AFP, gula-gula tersebut, dipercayai jenama Tagada berperisa strawberi oleh syarikat Haribo, merupakan salah satu jenama yang popular di Perancis.

Le Parisien pula melaporkan, seorang suspek yang ditahan dalam operasi tersebut akan didakwa kerana memiliki telefon bimbit yang dipercayai dicuri serta mesin yang digunakan untuk memproses pil ecstacy.

Polis tidak mendedahkan mengapa rampasan itu dilaporkan sebagai dadah sebelum ini dan kenapa gula-gula tersebut ditemui dalam bentuk serbuk.

Sebelum ini sejenis ejen pembersih juga pernah disangka dadah, dan dilaporkan sebagai rampasan terbesar dadah jenis ketamin di Thailand tahun lepas.