awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zii Jia tumpaskan Axelsen, rangkul kejuaraan All England

Astro Awani
Astro Awani
21/03/2021
15:01 MYT
Zii Jia tumpaskan Axelsen, rangkul kejuaraan All England
Lee Zii Jia, berjaya merangkul gelaran juara kejohanan badminton All England buat pertama kali selepas menewaskan Viktor Axelsen. - Foto Twitter BAM
KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia, berjaya merangkul gelaran juara kejohanan badminton All England buat pertama kali selepas menewaskan jaguh dari Denmark, Viktor Axelsen.
Zii Jia menundukkan Axelsen, selaku juara bertahan menerusi 'rubber set' 30-29, 20-22, 21-9 dalam aksi final malam ini.
Persaingan sengit yang berlangsung di Utilita Arena itu menyaksikan Axelsen mengikuti rapat mata Malaysia.
Namun, Malaysia mara apabila berjaya mendahului dengan kemenangan set pertama.
Perlawanan kedua tidak memuktamadkan usaha Axelsen, apabila pemain nombor dua dunia itu menang pada set kedua.
Namun, Zii Jia, yang merupakan pemain nombor 10 dunia berjaya menguasai semula perlawanan dengan kemenangan di set ketiga.
Ia sekali gus mengangkat Malaysia sebagai juara kejohanan badminton All England 2021.
Zii jia merupakan perseorangan lelaki nombor satu negara kelahiran Kedah.
Kali terakhir Malaysia merangkul kejuaraan badminton tertua di dunia itu adalah pada 2017 menerusi Datuk Lee Chong Wei.
Kali terakhir pemain Malaysia menjuarai kejohanan All England adalah pada tahun 2017 apabila Datuk Lee Chong Wei menewaskan Shi Yu Qi dari China dengan 21-12, 21-10.
Topic Berkaitan
#Lee Zii Jia
#all england
#viktor axelsen
#perseorangan negara
#Malaysia
#Denmark
#Juara
#final
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan