Pemain golf terkemuka dunia Tiger Woods sangat bersyukur kerana masih hidup selepas terlibat dalam kemalangan bulan lepas.

Woods memberitahu portal berita PEOPLE, dia sangat gembira kerana dibenarkan pulang dari hospital dan walaupun masih rasa sakit, dia akan teruskan proses pemulihan.

"Saya sangat bersyukur saya masih hidup.

"Saya dalam proses pemulihan dan walaupun masih rasa sakit, saya berfikiran positif," jelasnya.

Woods memaklumkan dia juga sangat teruja kerana dapat berjumpa dengan kedua-dua anaknya, Charlie Axel, 12, dan Sam Alexis, 13.

Selasa lalu Woods dibenarkan pulang ke rumah selepas menjalani pembedahan pada kaki kanan dan pergelangan kaki susulan kemalangan yang hampir membawa maut itu.

BACA: Tiger Woods dibenarkan pulang, teruskan proses pemulihan

Kemalangan di California menyaksian pemenang Jelajah PGA 82 kali itu mengalami kecederaan serius dan tanda soal mengenai kariernya mula timbul.

BACA: Tiger Woods mungkin tidak dapat kembali aktif - Doktor

BACA: https://www.astroawani.com/berita-dunia/tiger-woods-cedera-nahas-kereta-di-los-angeles-284418

Jabatan Polis Los Angeles memaklumkan, siasatan ke atas kemalangan masih dijalankan namun siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah.

Menurut dokumen yang diperoleh CNN, Woods memberitahu polis dia tidak ingat memandu kereta pada hari tersebut dan bagaimana kemalangan itu berlaku.

Menurut Woods juga dilaporkan tidak sedarkan diri selepas kemalangan berlaku namun memberi respon kepada anggota polis yang tiba di tempat kejadian.

Dalam keterangan pegawai polis yang menyasiat kejadian tersebut melalui afidavit, Deputi Johan Schloegl, saksi kejadian memberitahu Woods antara sedar dan tidak sedar apabila mereka mendekatinya, menurut CNN.