ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 4 Jun 2020.

1) WHO sambung semula ujian klinikal ubat anti malaria

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) umum ujian klinikal ubat anti malaria bagi rawatan koronavirus akan diteruskan semula.

2) COVID-19: Jumlah kes positif global kini lebih 6.39 juta

Menurut data dari Johns Hopkins University, dalam tempoh 24 jam, terdapat pertambahan 100,000 kes jangkitan baharu.

3) Jakarta longgarkan peraturan PSBB bermula esok

Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) di Wilayah Jakarta dilanjutkan sehingga akhir Jun ini, namun beberapa aktiviti sosioekonomi akan dibenarkan kembali beroperasi menerusi penerapan normal dan protokol baharu, bermula esok (Jumaat, 5 Jun).

4) COVID-19: Thailand dijangka masuki fasa akhir longgar sekatan pada 15 Jun

Thailand sedang mempertimbangkan untuk melonggarkan lagi sekatan dan membuka semula perniagaan dan tempat termasuk institusi pendidikan, pusat hiburan dan stadium di bawah fasa keempat dan kemungkinan fasa akhir pelonggaran sekatan, bermula 15 Jun.

5) Laporan autopsi dedah George Floyd positif COVID-19?

Hasil bedah siasat ke atas George Floyd, lelaki kulit hitam yang maut ketika ditahan polis di Minneapolis, mendedahkan bahawa dia sebelum ini positif COVID-19, lapor agensi berita AP.

6) Kematian George Floyd, Meghan Markle bersuara

Isteri Putera Harry, Meghan Markle, menyifatkan kematian George Floyd sebagai suatu yang amat mengecewakan.

7) Charge against US officer involved in Floyd's death elevated to 2nd-degree murder, 3 others charged

US prosecutors upgraded the charge against a former Minneapolis officer who pressed his knee into George Floyd's neck to second-degree murder, also charging three other former officers involved in the incident with aiding and abetting murder.

8) Los Angeles county extends curfew as George Floyd protests continue

Local authorities instituted a curfew on Wednesday for the fourth night in a row in Los Angeles County as protests over the death of George Floyd, an African American man, in police custody continue across the area.