ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 21 Jun 2020.

1) COVID-19: 218 new cases in Singapore, only one in community

Singapore confirmed 218 new cases of COVID-19 infection in the last 24 hours, bringing the island state’s infection tally to 42,313 cases.

2) Indonesia's COVID-19 cases surpasses 46,000, death toll at 2,500

The number of positive COVID-19 cases in Indonesia has surpassed 46,000 after an additional 954 new cases were recorded over the past 24-hour.

3) COVID-19: 28 hari tanpa jangkitan tempatan, Thailand rancang longgar beberapa sekatan perjalanan

Thailand merancang untuk melonggarkan secara berperingkat-peringkat sekatan kemasukan warga asing ke negara ini akibat COVID-19 selepas 28 hari tanpa sebarang jangkitan tempatan.

4) COVID-19: UK umum pelan longgarkan sekatan minggu ini

Britain akan mengumumkan pelan melonggarkan sekatan akibat COVID-19 minggu ini. Menteri Kesihatannya, Matt Hancock berkata lebih banyak perniagaan akan dibuka semula bermula Julai.

5) Korea Selatan sahkan berada dalam gelombang kedua jangkitan COVID-19

Pihak berkuasa kesihatan Korea Selatan mengesahkan negara itu kini berada dalam gelombang kedua wabak COVID-19.

6) COVID-19: WHO umum rekod peningkatan kes harian tertinggi dicatat pada Ahad

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan rekod tertinggi peningkatan jumlah kes positif COVID-19 dicatat di seluruh dunia pada Ahad.

7) COVID-19: Jerman mungkin kenakan sekatan baharu

Jerman mungkin mengenakan sekatan baharu susulan peningkatan kadar kebolehjangkitan COVID-19 ke 2.88 pada Ahad berbanding 1.79 hari sebelumnya.

8) COVID-19: Harapan baharu untuk sektor pelancongan Sepanyol pulih

Sepanyol membuka kembali ekonomi dan menamatkan larangan pergerakan selepas tiga bulan untuk mengawal penularan COVID-19.

9) 211 pendatang termasuk kanak-kanak diselamatkan di luar Itali

Lebih 200 pendatang diselamatkan di luar perairan Sicily dalam tiga operasi. Pendatang termasuk kanak-kanak sebelum ini dilaporkan belayar dalam tiga buah bot dari benua Afrika.

10) Dua tugu era kolonial Perancis diconteng grafiti

Dua tugu era kolonial Perancis diconteng grafiti dan disimbah cat merah di sebalik gerakan global untuk menjatuhkan monumen tokoh berkaitan dengan penjajahan itu.