awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
24/07/2020
15:20 MYT
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 24 Julai 2020.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 24 Julai 2020.
1) Presiden Turki sertai solat Jumaat pertama di Hagia Sophia
Peluang keemasan itu tidak dilepaskan umat Islam di Turki apabila ada yang sanggup menunggu di luar bangunan malam Khamis.
2) Jangan gusar ... kucing popular, Gli kekal di Hagia Sophia
Memiliki lebih 48,000 pengikut di Instagram, kucing berwarna kelabu dengan mata hijau itu menjadi perhatian dan kegemaran pengunjung Hagia Sophia.
PERKEMBANGAN COVID-19
3) Kes positif COVID-19 di Indonesia kini 95,418, kematian 4,665
Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 89 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kematian di republik itu kini 4,665 orang.
4) COVID-19: Singapura catat 277 kes baharu, lima dalam komuniti
Dengan angka terbaharu ini, jumlah kumulatif jangkitan COVID-19 mencecah 49,375 kes.
5) India catat lebih 49,000 kes baharu positif COVID-19
Ia menjadikan jumlah kumulatif kes di negara itu kini melebihi 1.2 juta kes dengan kes keseluruhan kematian adalah 29,861.
6) England wajibkan pemakaian pelitup muka
Polis boleh mengenakan denda 100 pound sterling (RM544) kepada mereka yang tidak mematuhi peraturan baru itu yang mula dikuat kuasakan pada Jumaat.
7) Angka jangkitan COVID-19 cecah 15.32 juta
Amerika Syarikat kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 4 juta kes positif.
8) Tuduhan tidak berasas, WHO nafi dibeli China
Ketua Pengarahnya Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus menegaskan, pihaknya tidak akan melayan tuduhan sedemikian.
9) Pawagam di Beijing dibuka beransur-ansur bermula Jumaat
Hanya pawagam di kawasan berisiko rendah di ibu negara China itu dibenarkan beroperasi dengan mengamalkan langkah keselamatan yang ketat.
10) China arahkan konsulat Amerika Syarikat di Chengdu ditutup
Langkah itu dilihat meningkatkan lagi ketegangan antara kedua-dua ekonomi terbesar dunia itu ekoran beberapa tindakan agresif termasuk menyekat visa, mengubah syarat pekerjaan diplomat serta menyingkirkan wartawan asing dipihak Amerika Syarikat.
Topic Berkaitan
#China
#COVID-19
#Hagia Sophia
#India
#Indonesia
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#Presiden Turki
#Singapura
#WHO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan