Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Ogos 7, 2020 16:30 MYT
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 7 Ogos 2020.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 7 Ogos 2020.
1) Pesawat Air India Express tergelincir, terbelah dua ketika mendarat
Sebuah pesawat Air India Express yang membawa 191 penumpang dilaporkan tergelincir dari landasan ketika mendarat di lapangan terbang Kozhikode, di Kerala, India, pada Jumaat.
2) COVID-19: Rusia akan daftarkan vaksin pertamanya minggu depan
Menteri Kesihatan Rusia, Mikhail Murashko mengumumkan Rusia bakal mendaftarkan vaksin COVID-19 pertamanya pada 12 Ogos ini.
3) Mark Zuckerberg kini 'centibillionaire', sertai Jeff Bezos dan Bill Gates
Ketua Pegawai Eksekutif Facebook (FB) itu kini bukan sahaja seorang bilionair, tetapi juga sudah mencapai status centibillionaire.
4) Trump keluar perintah eksekutif haramkan TikTok, WeChat di AS
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menandatangani perintah eksekutif mengharamkan operasi aplikasi dari China -- TikTok dan WeChat -- di Amerika Syarikat (AS) mulai 15 September ini.
5) Penumpang dari Malaysia dikecualikan tindakan kuarantin di England, Wales
Menteri Pengangkutan British Grant Shapps ketika mengumumkan perkara itu berkata ia susulan penurunan angka kes positif COVID-19 di sini.
6) Padah tersasul sebut 'Thighland', Trump dipersenda netizen
Susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang tersasul menyebut 'Thighland' (Thailand), beberapa pengguna laman sosial Twitter mengambil peluang 'menyerang' dengan mempersenda tindakan Trump.
7) Polis Lubnan lepaskan gas pemedih mata lerai tunjuk perasaan
Polis Lubnan terpaksa melepaskan gas pemedih mata susulan tunjuk perasaan bertindak ganas selepas gagal memasuki kawasan di bangunan kerajaan negera di Beirut.
8) Michelle Obama akui alami kemurungan tahap rendah
Bekas wanita pertama Amerika Syarikat, Michelle Obama mengakui beliau mengalami kemurungan tahap rendah menerusi rakaman The Michelle Obama Podcast.
9) COVID-19: India lepasi angka 2 juta kes jangkitan
India, negara Asia yang merekodkan jumlah jangkitan tertinggi COVID-19, melaporkan peningkatan jangkitan harian tertinggi pada Jumaat, menjadikan jumlah kes positifnya kini melebihi dua juta.
10) COVID-19: Indonesia rekod 2,473 kes baharu, 72 kematian dalam tempoh 24 jam
Indonesia mencatatkan 2,473 kes positif baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif virus itu di republik berkenaan kini meningkat kepada 121,226 kes.
#Air India Express #Astro Awani #berita antarabangsa #berita luar negara #berita pilihan #COVID-19 #Indonesia #Singapura