Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
September 7, 2020 15:01 MYT
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 7 September 2020.
1) Kes positif COVID-19 di Indonesia kini 196,989, kematian 8,130
Indonesia mencatatkan 2,880 kes positif baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan kes positif keseluruhan di republik itu kini meningkat kepada 196,989.
2) 300 pelarian Rohingya ditemui di Aceh
Hampir 300 pelarian Rohingya ditemui di sebuah pantai di Aceh, Indonesia pada Isnin dan dipindahkan oleh sukarelawan tentera, polis dan palang merah.
3) COVID-19: India atasi Brazil, kini negara kedua dengan kes jangkitan tertinggi
India mencatat 4.2 juta kes jangkitan COVID-19 setakat Isnin, sekali gus menjadi negara kedua dengan kes tertinggi, mengatasi Brazil di tempat ketiga.
4) Jepun: Kira-kira 40 cedera disebabkan Taufan Haishen
Taufan Haishen, yang melanda seluruh timur laut Asia sejak hujung minggu, turut menyebabkan kira-kira 40 orang di Jepun cedera, lapor agensi berita Sputnik.
5) Kebakaran hutan landa selatan California, lebih 50,000 diarah pindah
Beberapa kejadian kebakaran hutan melanda selatan California sehingga memaksa penduduk di daerah San Diego dan San Bernardino berpindah.
6) Perancis dakwa Britain pecah belah warga Eropah dalam isu Brexit
Menteri Luar Perancis Jean-Yves Le Drian mendakwa Britain sedang berusaha untuk memecahbelahkan warga Eropah dalam isu berkaitan Brexit.
7) PM UK tetapkan 15 Oktober tarikh capai perjanjian Brexit
United Kingdom (UK) menetapkan 15 Oktober sebagai tarikh untuk mencapai perjanjian perdagangan bebas dengan Kesatuan Eropah (EU).
8) COVID-19: Kes positif seluruh dunia hampir 27 juta
KES jangkitan baharu COVID-19 di seluruh dunia meningkat lebih 250,000 dalam tempoh 24 jam yang lalu.
9) COVID-19: Angka kematian global lebih 881,000
ANGKA kematian global akibat COVID-19 meningkat lebih 5,000 kes dalam tempoh 24 jam.
#Asia #berita antarabangsa #Brazil #Brexit #India #Indonesia #kes positif #koronavirus #Rohingya #United Kingdom