ANGKA kematian global akibat COVID-19 meningkat lebih 5,000 kes dalam tempoh 24 jam.

Statistik Johns Hopkins University menunjukkan, jumlah kumulatif kematian global akibat COVID-19 kini mencecah 881,087.

Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 188,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan angka korban 126,000, India 70,000 dan Mexico 67,000.

Turut mencatatkan angka korban yang tinggi adalah United Kingdom dengan 41,000 kes.

Sementara itu, Itali dan Perancis pula masing-masing merekodkan lebih 35,000 kes dan 30,000 kes.

Manakala Sepanyol dan Peru berkongsi 29,000 angka kematian.

Negara terakhir merekodkan angka korban melebihi 20,000 ialah Iran dengan 22,000 kes.

Lain-lain negara masih merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.