Beberapa kejadian kebakaran hutan melanda selatan California sehingga memaksa penduduk di daerah San Diego dan San Bernardino berpindah.

Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, kebarakan mula tercetus di kaki bukit Yucaipa pada Sabtu pagi akibat sebuah alat yang menghasilkan asap daripada sebuah parti persendirian yang diadakan.

Susulan itu, kira-kira 54,000 penduduk dipaksa berpindah atas risiko keselamatan.

Kebakaran tersebut dilaporkan merebak sehingga 12.2 kilometer persegi di kawasan hutan.

Seramai 14,800 anggota bomba dikerahkan ke tempat kejadian bagi memadamkan 23 kawasan hutan yang terbakar.

Untuk rekod, sejak 15 Ogos lalu, 900 kebakaran hutan melanda California yang kebanyakannya bermula akibat kilat.

Setakat ini, kira-kira 5,956 kilometer persegi dilaporkan musnah akibat kebakaran tersebut yang turut meragut lapan nyawa dan menyebabkan lebih 3,300 kediaman dan infrastruktur musnah.