DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 12 September 2020.
Indonesia mencatatkan 3,806 kes positif baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kes positif keseluruhan di republik itu kini 214,746 kes.
Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, www.covid19.go.id hari ini, sebanyak 95,539 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan.
Singapura melaporkan 42 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan kepada 57,357.
"Berdasarkan siasatan kami setakat ini, terdapat empat kes dalam komuniti iaitu satu Penduduk Tetap Singapura dan tiga pemegang Pas Kerja," menurut Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu dalam data ringkas yang dikeluarkan di sini hari ini.
Isu tuntutan ke atas Laut China Selatan, Pelarian Rohingya di Rakhine, serta isu perlucutan, dan penggunaan tenaga nuklear secara aman, merupakan antara perkara yang dibangkitkan Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam Forum Serantau ASEAN (ARF) ke-27, awal hari ini.
Selain itu, Ahli Parlimen Sembrong itu berkata, beliau turut membangkitkan isu mengenai Semenanjung Korea, serta pemantauan ke atas aktiviti anti-terrorisme dan keganasan ekstremis di rantau ini.
Selepas aktres Bollywood Rhea Chakraborty ditahan polis kerana terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah, kini model dan pelakon terkenal, Kangana Ranaut pula dikaitkan dengan isu yang sama.
Times of India melaporkan Menteri Dalam Negeri Maharashtra, Anil Deshmukh memaklumkan Jabatan Siasatan Narkotik Mumbai sedang menyiasat kemungkinan pelakon bersuara lantang itu mengambil dadah.
UMUM mengetahui acara mendedahkan jantina atau ‘gender reveal’ bukanlah suatu yang asing, terutamanya buat segelintir pasangan suami isteri terutamanya di Barat.
Pelbagai cara dilakukan oleh pasangan suami isteri yang teruja untuk berkongsi jantina anak mereka.
BAHRAIN menjadi negara Arab terbaharu yang mengumumkan perjanjian damai bersama Israel, susulan langkah pertama yang diambil Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Ogos lalu.
Ia sebahagian daripada inisiatif diplomatik Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk menyatukan Israel dengan negara-negara Arab di Asia Barat.
Syarikat penerbangan tambang rendah Australia, Tigerair mengumumkan penutupan rasmi kerana tekanan yang dihadapi syarikat disebabkan COVID-19, lapor agensi berita Xinhua.
Dalam e-mel yang dihantar kepada pelanggannya pada Khamis malam, Tigerair mengesahkan penutupan dan mencadangkan mereka yang masih mempunyai tiket yang sah menukarnya menjadi kredit perjalanan untuk penerbangan kendalian syarikat induk, Virgin Australia.
Seorang pemain bola sepak profesional telah diuji positif COVID-19, sehari sebelum Liga 1 Thai memulakan semula perlawanananya pada Sabtu.
Ketua Pengarah Jabatan Sains Perubatan Kementerian Kesihatan Awam Dr Opas Karnkawingpong berkata pemain tengah Kelab Bola Sepak Buriram berusia 29 tahun dari Uzbekistan itu tiba di Thailand pada 13 Ogos, telah melengkapkan kuarantin wajib 14 hari.
Angka jangkitan baharu positif COVID-19 dunia terus meningkat dengan lebih 280,000 kes direkodkan dalam tempoh 24 jam.
Ini menjadikan jumlah kumulatif global kes positif COVID-19 ketika ini mencecah angka 28 juta.
LISBON menguatkuasakan peraturan baharu bermula 15 September ini dalam usaha mengekang penyebaran COVID -19.
Antara undang-undang baharu termasuk had penjualan dan penggunaan alkohol yang hanya dibenarkan sehingga jam 8 malam sahaja.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami