DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 15 Oktober 2020.
Kerajaan Thailand mengumumkan perintah darurat bagi mengekang protes mega di Bangkok
Jumlah kumulatif kematian global akibat COVID-19 sudah melebihi 1.08 juta kes.
Isteri kepada Presiden Amerika Syarikat Melania Trump mendedahkan bahawa anak mereka Barron Trump pernah dijangkiti COVID-19.
Selepas tujuh bulan tidak beroperasi, sebahagian panggung wayang di India kembali dibuka kepada pengunjung pada Khamis.
Debat Presiden Amerika Syarikat kedua yang dijadualkan berlangsung pada 15 Oktober antara Presiden Donald Trump dan lawannya daripada Parti Demokrat, Joe Biden dibatalkan dan kini digantikan dengan sesi “town hall” atau balai rakyat di televisyen.
Perintah berkurung akan dilaksanakan semula di sembilan wilayah di Perancis.
Jumlah kumulatif kes positif global COVID-19 kini menghampiri 38.4 juta kes.
Polis menyerbu gudang di seluruh Turki pada Rabu selepas puluhan nyawa terkorban dalam tempoh kurang seminggu disyaki akibat keracunan alkohol.
Pasukan tentera Poland meletupkan bom Perang Dunia Kedua di dasar Luat Baltik pada Selasa.
Pasukan Palang Merah Belgium menubuhkan pusat ujian saringan COVID-19 bagi membantu memenuhi permintaan ujian selepas kes positif naik mendadak di negara itu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami