awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Perancis laksana perintah berkurung di 9 wilayah bermula Sabtu

Astro Awani
Astro Awani
15/10/2020
00:20 MYT
COVID-19: Perancis laksana perintah berkurung di 9 wilayah bermula Sabtu
Perintah berkurung akan dilaksanakan semula di sembilan wilayah di Perancis, memberi kesan kepada seramai 18 juta penduduk. -Gambar fail/AP
PARIS:Perintah berkurung akan dilaksanakan semula di sembilan wilayah di Perancis.
Presiden Emmanuel Macron mengumumkan perintah tersebut berkuat kuasa Sabtu ini hingga 1 Disember.
Jelas Macron, penduduk di kawasan terlibat tidak dibenarkan keluar rumah dari jam 9 malam hingga 6 pagi.
"Kita perlu bertindak bagi mengekang penularan virus ini.
"Pertama, untuk melindungi orang lain, serta diri kita juga... untuk melindungi warga emas, golongan yang paling berisiko. Itu objektif pertama.
"Kedua, kita perlu melindungi sistem kesihatan negara, petugas-petugas kesihatan kita," kata Macron.
Antara kawasan yang dikenakan perintah berkurung termasuk Paris, Grenoble, Lyon, Toulouse dan Montpellier.
Langkah yang dikenakan ini bakal memberi kesan kepada seramai 18 juta penduduk.
Setakat ini, satu pertiga daripada keseluruhan unit rawatan rapi di Perancis digunakan untuk merawat pesakit COVID-19.
Perancis kini berdepan dengan gelombang baharu kes COVID-19 dengan 22,591 kes baharu direkodkan pada Rabu.
Topic Berkaitan
#perintah berkurung
#Emmanuel Macron
#COVID-19
#Paris
#unit rawatan rapi
#warga emas
#gelombang baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan