ANTARA pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 18 Oktober 2020.


1) COVID-19: Kes positif global meningkat kepada 39.6 juta, kematian 1.1 juta

JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di peringkat global ketika ini semakin menghampiri 40 juta berikutan lebih ratusan ribu jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan, kes positif di seluruh dunia ketika ini berjumlah 39,580,502.


2) Rai ulang tahun ke-50, syarikat makanan 'terbangkan' nugget ke angkasa

Bukan setakat manusia dan haiwan, kini produk makanan juga sudah ada misi 'menjelajah' angkasa.

Syarikat pembekal makanan di United Kingdom, Iceland Foods, menghantar ketulan nugget ayam mereka ke angkasa sebagai cara meraikan sambutan ulang tahun ke-50.


3) Suspek penggal kepala guru di Paris merupakan pelarian Chechen

Suspek yang ditembak mati kerana memenggal kepala seorang guru mata pelajaran Sejarah di Paris, merupakan lelaki pelarian Chechen berusia 18 tahun, menurut pihak berkuasa Perancis pada Sabtu.

Laporan AP memetik Pejabat Pendakwaraya Anti-Keganasan Perancis sebagai berkata, pihak penyiasat kes pembunuhan Samuel Paty, 47, di Conflans-Sainte-Honorine, turut menahan sembilan suspek, termasuk datuk, ibu bapa, dan adik lelaki suspek.


4) Jambatan tali bantu konservasi spesies mawas terancam

JAMBATAN tali atau rope bridge dapat membantu menyelamatkan ungka Hainan, spesies mawas paling jarang ditemui di dunia.

Ungka Hainan, atau nama saintifiknya Nomascus hainanus, hanya ditemui di Hainan, China, merupakan spesies mawas paling terancam, dengan populasi yang tinggal hanya 30 ekor.


5) Jacinda Ardern menang besar, ini lima faktor yang memihak kepada Parti Buruh

MERAIH 49 peratus daripada undi keseluruhan, kemenangan Parti Buruh yang diterajui Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern dalam pilihan raya umum yang baru selesai sememangnya sudah dijangka.

Namun mendapat majoriti mutlak dalam Parlimen negara itu ia merupakan sesuatu yang jarang berlaku.


6) Bagaimana jika Pattani jadi sebahagian daripada British Malaya?

SEMENANJUNG Melayu mengunjur sejauh 1,355km dari Segenting Kra di Thailand sehingga ke titik penghujung selatan benua Asia di Tanjung Piai, Malaysia.

Sebagai penghadang semulajadi di antara Lautan India dan Laut China Selatan, banyak kerajaan Melayu lama yang muncul sepanjang Semenanjung ini.


7) COVID-19: Thailand catat tiga lagi kes jangkitan tempatan

Thailand melaporkan tiga lagi kes jangkitan tempatan COVID-19 di wilayah utara negara itu yang bersempadan dengan Myanmar hari ini.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) pesakit baharu itu adalah ahli keluarga pasangan warga Myanmar yang tinggal di daerah Mae Sot di Wilayah Tak yang diuji positif minggu ini.


8) Protes mega Bangkok: Polis Thailand nafi berlembut dengan penunjuk perasaan

Polis Thailand menolak dakwaan menggunakan pendekatan yang lembut terhadap penunjuk perasaan antikerajaan selepas beberapa protes mega berakhir dengan aman pada Sabtu.

Pada Jumaat, pihak berkuasa menggunakan meriam air bagi menyuraikan protes mega di beberapa persimpangan jalan utama di Bangkok.