Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Januari 4, 2021 15:58 MYT
Januari 4, 2021 15:58 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 4 Januari 2021.
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini menghampiri 85 juta, berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha pada Isnin merayu rakyat supaya duduk di rumah untuk mengekang penularan jangkitan virus COVID-19 yang kembali melanda negara itu.
Program vaksinasi terhadap kumpulan pertama diteruskan di Beijing, China pada Ahad dalam masa sama, bandar itu juga mencatatkan peningkatan kes baharu positif COVID-19 secara drastik.
Amerika Syarikat meningkatkan program vaksinasi COVID-19 di negara itu selepas permulaan yang perlahan daripada yang dijangkakan.
Ketua Pembangkang Parti Buruh United Kingdom, Keir Starmer menggesa Perdana Menteri, Boris Johnson melaksanakan sekatan baharu di negara itu dalam tempoh 24 jam akan datang.
Presiden Donald Trump didakwa memaksa Ketua Pilihan Raya Georgia untuk membatalkan kemenangan Joe Biden di daerah itu.
Vietnam bersetuju untuk membeli 30 juta dos vaksin COVID-19 buatan AstraZeneca di samping berusaha untuk mendapatkan lebih banyak vaksin daripada beberapa sumber lain, termasuk Pfizer.
Anabel Sharma tidak dapat menahan sebak apabila dimaklumkan oleh doktor bahawa ibunya hanya tinggal beberapa hari sahaja untuk hidup setelah mereka dijangkiti COVID-19.
Guru agama radikal Indonesia, Abu Bakar Bashir, 82, yang dijatuhkan hukuman 15 tahun pada 2011 selepas didapati bersalah kerana didakwa mendalangi serangan bom di Bali akan dibebaskan pada 8 Januari (Jumaat) ini.
Pasukan operasi meneruskan kerja-kerja mencari dan menyelamat susulan kejadian tanah runtuh yang melanda perkampungan Norway dan tidak menemui mangsa lain yang tertimbus di sebalik timbunan tanah dan sisa kediaman berkenaan.
#berita pilihan
#berita luar negara
#Astro Awani
#berita antarabangsa
#COVID-19
#Donald Trump
#Amerika Syarikat
#China
#vaksin
#AstraZeneca
#Pfizer