ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 Februari 2021.

1. Musim kemarau cetus kebakaran hutan, beberapa titik panas di Riau dikesan

Musim panas dan kemarau di banyak tempat di rantau ini membawa kepada khabar yang kurang baik.

Beberapa daerah di wilayah Riau telah mengeluarkan amaran mengenai kebakaran hutan dan tanah pertanian, susulan beberapa titik panas dikenal pasti sejak awal tahun ini.

2. Hishammuddin lakukan lawatan rasmi ke Brunei esok

Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan membuat lawatan rasmi ke Bandar Sri Begawan, Brunei mulai esok hingga 1 Mac 2021.

3. Vaksin Pfizer | Pengasas Pfizer-BioNTech terima Darjah Kebesaran oleh Jerman

Pengasas syarikat farmaseutikal, Pfizer-Biontech Dr Ugur Sahin dan Dr Ozlem Tureci akan dianugerahkan Darjah Kebesaran Merit oleh Republik Persekutuan Jerman. Pejabat Presiden memaklumkan pasangan itu akan menerima Darjah Kebesaran Merit Komandan Kesatria, iaitu salah satu penghormatan tertinggi yang diberikan negara itu.

4. Anjing peliharaan Lady Gaga selamat dipulangkan

DUA ekor anjing peliharaan Lady Gaga, Koji dan Gustav, yang dipercayai dicuri dalam insiden rompakan minggu lalu, selamat dipulangkan tanpa sebarang kecederaan, menurut polis Los Angeles.

5. Biri-biri liar paling 'gebu' akhirnya rasa 'lega'

SEEKOR biri-biri liar yang dalam kesakitan kerana menanggung beban 35 kilogram bulu pada badannya ditemui oleh orang awam di sebuah kawasan hutan di Australia.

6. Kudeta Myanmar | Duta Myanmar ke PBB kecam junta tentera

Duta Myanmar ke Pertubuhan Bangsa Bersatu, PBB, secara terbuka membantah rampasan kuasa yang berlaku. Kyaw Moe Tun turut mohon komuniti antarabangsa bertindak untuk mengembalikan semula demokrasi di negara itu.

7. Kanak-kanak 4 tahun maut tertelan paku tekan

Seorang kanak-kanak berusia empat tahun maut selepas tertelan sebiji paku tekan yang digunakan ibunya untuk menggantung poster pembelajaran di rumah di Graham, Washington.

8. Pembunuhan Khashoggi: AS kenakan sekatan visa sasar warga Arab Saudi

Amerika Syarikat (AS) mengumumkan larangan dan sekatan visa dengan menyasarkan warga Arab Saudi.

Ia susulan laporan dikeluarkan badan risikan negara Uncle Sam itu yang mendakwa Putera Mahkota Mohammed Salman terlibat secara langsung dalam pembunuhan kolumnis Washington Post, Jamal Khashoggi pada tahun 2018.

9. Duta Myanmar ke PBB lantang rampasan kuasa junta Myanmar

Duta Myanmar ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) secara terbuka membantah rampasan kuasa yang berlaku di negara itu.

10. Tiada lagi Ng Man Tat di sisi Stephen Chow Sing Chi

Awal hari ini portal hiburan Hong Kong, Dim Sum Daily melaporkan, Ng, 70, telah meninggal dunia hari ini setelah bertarung nyawa di hospital akibat barah hati.