DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat 23 April 2021.
1. Kabinet Singapura dirombak, tujuh menteri bertukar portfolio
Tujuh menteri akan bertukar portfolio dalam rombakan Kabinet Singapura, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Jumaat.
2. Bot bawa 130 migran terbalik di perairan Libya, 10 mayat ditemukan
Sekurang-kurangnya 10 anak kapal mati manakala 120 lagi dikhuatiri hilang selepas sebuah bot getah terbalik di pesisir pantai Libya, semalam.
3. Tindakan mahkamah Indonesia jatuhi hukuman mati secara maya dikritik
Tindakan mahkamah Indonesia menjatuhi hukuman mati terhadap beberapa banduan melalui aplikasi video menerima kritikan hebat, khususnya daripada pendukung hak asasi manusia.
4. COVID-19: Gelombang ketiga di Perancis akan berakhir - PM
Perdana Menteri Perancis, Jean Castex mendedahkan gelombang ketiga penularan COVID-19 di negara itu akan berakhir susulan penurunan kes harian.
5. COVID-19: India pecah rekod global dengan 314,000 kes harian
Jumlah kes positif COVID-19 di India pada Khamis memecah rekod harian global dengan 314,835 kes baharu.
6. 13 pesakit COVID-19 maut dalam kebakaran hospital
Sekurang-kurangnya 13 pesakit COVID-19 terkorban dalam kebakaran di sebuah hospital di barat India awal pagi Jumaat.
7. KRI Nanggala 402: Jokowi doa operasi SAR lancar
Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) minta rakyatnya mendoakan supaya operasi mencari dan menyelamat (SAR) kapal selam KRI Nanggala 402 berjalan lancar.
8. COVID-19: Kes positif global lebih 144 juta, korban 3.06 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 global kini melebihi 144 juta berikutan pertambahan lebih 800,000 kes dalam tempoh 24 jam lalu.
9. Hari Bumi: Pemimpin dunia komited kurangkan gas hijau
Amerika Syarikat dan beberapa negara lain pada Khamis meningkatkan sasaran pengurangan gas hijau masing-masing.
10. Hari Bumi 2021: Cara unik rai Hari Bumi
Sempena Hari Bumi, seorang artis dari China mengenakan gaun yang diperbuat daripada blon berwarna merah bagi menarik perhatian umum.