DUNIA

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 09/06/2021 | 15:32 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu 9 Jun 2021.

1. Program vaksinasi Indonesia terima pujian WHO

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memuji komitmen Indonesia untuk mempercepat dan mengoptimumkan program vaksinasi nasionalnya sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan pandemik COVID-19.

2. COVID-19: Singapura catat kematian ke-34

Singapura mencatatkan kematian terbaharu akibat komplikasi jangkitan COVID-19 pada Selasa, menjadikan jumlah kematian terkumpul sebanyak 34 orang.

3. India ambil iktibar, elak gelombang ketiga COVID-19

Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengambil iktibar dengan gelombang baharu COVID-19 di negara itu.

4. COVID-19: EU percepat penilaian vaksin Moderna untuk kanak-kanak

Badan kawal selia ubat-ubatan Eropah (EMA) berharap dapat memberikan keputusan kebenaran penggunaan vaksin COVID-19, Moderna kepada kanak-kanak berusia 12-17 tahun bulan depan.

5. COVID-19: AS longgar kriteria perjalanan untuk 110 negara

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) melonggarkan kriteria perjalanan untuk lebih 110 negara dan wilayah termasuk Jepun.

6. Bank Dunia tolak pengecualian hak harta intelek vaksin COVID-19

Bank Dunia menolak desakan mengetepikan hak harta intelek untuk vaksin COVID-19.

7. Antonio Guterres kekal Setiausaha Agung PBB

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) lulus usul melanjutkan penggal Setiausaha Agungnya Antonio Guterres bagi penggal kedua.

8. Rundingan polisi nuklear Iran dengan kuasa dunia kekal

Rundingan berhubung polisi nuklear Iran dengan kuasa dunia kekal, selepas pilihan raya presiden 18 Jun.

9. Pembukaan Sempadan | Perancis dibuka untuk EU dan 7 negara 'hijau'

Selepas lebih setahun ditutup, Perancis membuka pintu masuk kepada pelancong yang dari beberapa negara tertentu. Di Asia, negara yang termasuk dalam senarai 'hijau' adalah Singapura, Korea Selatan dan Jepun.

10. Serangan Islamofobia | PM Justin Trudeau komited banteras perkauman

Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau menghadiri upacara penghormatan bagi memperingati empat sekeluarga umat Islam yang maut akibat serangan Islamofobia.
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia #Iran #India #Indonesia #COVID-19 #Singapura