WASHINGTON: Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) melonggarkan kriteria perjalanan untuk lebih 110 negara dan wilayah termasuk Jepun.

Penarafan yang pertama kali dibuat CDC itu termasuk 61 negara yang diturunkan daripada 'tahap 4' dengan menggalakkan perjalanan bagi mereka yang sudah divaksin sepenuhnya.

Sejumlah 50 negara dan wilayah lain diturunkan ke 'tahap 2' atau 'tahap 1'.

Negara yang berada di peringkat terendah ini termasuk Singapura, Korea Selatan, dan Iceland.

Bagi 'tahap 3' antaranya ialah Perancis, Filipina, Afrika Selatan dan Turki.

Kriteria baharu bagi menentukan tahap sesebuah negara itu berubah daripada 100 kepada 500 per 100,000 kes yang dicatatkan.

CDC mendakwa banyak negara yang memperbaiki tahapnya selepas kriteria baharu itu.

AS sebelum ini tidak membenarkan semua bukan warganya yang pernah melakukan perjalanan sekurang-kurangnya 14 hari dari negara China, United Kingdom, Ireland, India, Afrika Selatan, Brazil, Iran dan 26 negara lain di Eropah.

Kekurangan data semasa menjadi faktor mendorong tindakan itu dilakukan.