NEW DELHI: Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengambil iktibar dengan gelombang baharu COVID-19 di negara itu.

Mereka tetap mengambil langkah berjaga-jaga walaupun kerajaan telah melonggarkan beberapa sekatan di negara itu sejak Isnin.

Sejak dilongggarkan, beberapa sektor sudah mula beroperasi.

Antaranya kereta api dengan kapasiti separuh penumpang, selain pasar dan pusat beli belah.

Kebanyakan rakyat India didakwa masih lagi bimbang untuk keluar atas faktor keselamatan.

Perasaan itu, turut dikongsi golongan peniaga yang mengatakan kemerosotan ekonomi menyebabkan permintaan pengguna ketika ini melemah, khususnya apabila ramai yang hilang kerja dan dipotong gaji.

Meskipun kes positif di India menunjukkan pengurangan sejak kebelakangan ini, namun kerajaan tetap mengingatkan rakyatnya untuk bersedia dengan gelombang COVID-19 tahap ketiga.

Di New Delhi sahaja 37,000 kes harian COVID-19 direkodkan, manakala 100,636 kes baharu di seluruh negara dalam tempoh 24 jam yang lepas.