awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: EU percepat penilaian vaksin Moderna untuk kanak-kanak

Astro Awani
Astro Awani
08/06/2021
22:45 MYT
COVID-19: EU percepat penilaian vaksin Moderna untuk kanak-kanak
EMA berharap dapat beri keputusan membenarkan penggunaan vaksin Moderna kepada kanak-kanak berusia 12-17 tahun bulan depan. -Gambar fail
AMSTERDAM: Badan kawal selia ubat-ubatan Eropah (EMA) berharap dapat memberikan keputusan kebenaran penggunaan vaksin COVID-19, Moderna kepada kanak-kanak berusia 12-17 tahun bulan depan.
EMA akan mempercepatkan penilaian data yang dikemukakan, namun ia menjangkakan kelewatan sekiranya maklumat tambahan diperlukan.
Vaksin dua dos yang sudah digunakan Kesatuan Eropah (EU) itu kini hanya untuk individu berusia 18 tahun dan ke atas.
Vaksin itu juga digunakan di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada.
Syarikat itu juga sedang kemuka permohonan bagi penggunaan oleh kanak-kanak di AS dan Kanada.
Sekiranya diluluskan, vaksin Moderna akan menjadi vaksin kedua digunakan untuk kanak-kanak di negara EU selepas Pfizer yang diberi lampu hijau bulan lalu.
Vaksinasi dalam kalangan kanak-kanak dilihat penting untuk mencapai imuniti berkelompok bagi melawan COVID-19.
Moderna bulan lalu juga mendakwa vaksin itu selamat untuk disuntik kepada kanak-kanak.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#EMA
#Moderna
#Kanak-kanak
#Kesatuan Eropah
#EU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan