ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa 13 Julai 2021.

1. Kes COVID-19 melonjak di AS ketika kadar vaksinasi menurun

Amerika Syarikat (AS) menyaksikan peningkatan kes jangkitan COVID-19 di lebih 40 negeri sejak minggu lalu berikutan proses pemberian vaksinasi yang semakin perlahan selain penularan varian Delta

2. Kebakaran | Puluhan pesakit COVID-19 maut

Di Iraq, sekurang-kurangnya 50 orang maut dan puluhan yang lain cedera akibat kebakaran di wad pesakit COVID-19 di sebuah hospital. Menurut pihak berkuasa, kesemua mangsa korban mengalami luka kebakaran teruk dalam insiden di Hospital Al-Hussein Itu yang terletak di bandar Nasiryah.

3. Hotel runtuh di China: Lapan maut, sembilan lagi hilang

Lapan terbunuh manakala sembilan yang lain masih hilang selepas sebuah hotel runtuh di bandar Suzhou di wilayah Jiangsu timur China, kata pihak berkuasa tempatan pada Selasa.

4. Vaksin COVID-19 | Warga AS sudah divaksin tidak perlu dos 'booster'

Warga Amerika yang sudah melengkapkan dua dos suntikan tidak perlu mendapatkan dos tambahan penggalak atau 'booster'.

5. COVID-19 | WHO beri amaran jangan campur vaksin

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menasihatkan agar tidak mencampur dan memadankan vaksin COVID-19 daripada pengeluar yang berbeza.

6. Vietnam di landasan tepat bendung COVID-19 - Pegawai WHO

Penularan di kebanyakan wilayah dan bandar pada dasarnya adalah terkawal tetapi beberapa daerah masih menghadapi cabaran, seperti Bandar Raya Ho Chi Minh yang mencatat lebih banyak kes dan kluster yang tidak diketahui sumbernya.

7. Pembunuhan Etnik | China, Myanmar terlibat - A.S

Pentadbiran Biden kemuka tuduhan baharu kepada China berhubung pembunuhan beramai-ramai dan penindasan terhadap etnik Islam Uyghur serta minoriti lain di Wilayah Xinjiang. 

8. Laporan PBB | Isu kebuluran seluruh dunia makin buruk akibat COVID-19

Isu kebuluran dunia makin kritikal pada 2020 sebahagian besarnya kesan daripada COVID-19. Rumusan ini didedahkan menerusi laporan terbaharu dikeluarkan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

9. Permainan video Nintendo Super Mario 64 dilelong pada harga RM6.54 juta

Salinan permainan video Nintendo Super Mario 64 yang masih dalam bungkusan, dilelong pada Ahad dengan harga AS$1.56 juta (RM6.54 juta). Ini merupakan permainan video yang dijual pada harga paling tinggi, menurut siaran berita syarikat Heritage Auctions, yang menguruskan penjualan.

10. COVID-19 | Greece wajibkan vaksin ke atas pekerja kesihatan

Selain Perancis, Greece turut melakukan tindakan yang sama. Pekerja sektor kesihatan di Greece akan digantung jika mereka menolak vaksin di bawah dasar mandatori baru yang diumumkan oleh Perdana Menteri negara itu Kyriakos Mitsotakis.