DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Ogos 2021.
Satu istiadat perbarisan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-56 Singapura diadakan secara sederhana di Pentas Terapung@Marina Bay di sini hari ini, turut dihadiri Presiden Halimah Yacob dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong.
COVID-19 cetus tekanan sosial namun Singapura mampu bangkit - PM Lee
2. Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong berkata, COVID-19 mencetuskan tekanan hebat terhadap rakyat dan menyerlahkan lagi isu besar yang terpaksa ditangani republik itu, termasuk isu berkaitan kebimbangan rakyat terhadap kehadiran pekerja asing.
Susulan lonjakan kes COVID-19 berikutan penularan varian Delta, pihak berkuasa Wuhan China melakukan saringan COVID-19 ke atas lebih 11 juta penduduknya.
Bandar Mexico dan hampir kesemua 32 daerah di negara itu kini dikategorikan sebagai kawasan merah susulan peningkatan kes COVID-19 yang semakin meningkat.
Kebakaran hutan di Turki dan Greece memasuki minggu ketiga. Setakat ini, kebakaran itu telah mengorbankan lapan orang serta ribuan haiwan dan memusnahkan beberapa kawasan perhutanan.
Ratusan anggota bomba berhempas pulas memadamkan kebakaran belukar di pulau Evia, Greece apabila api makin marak dan merebak.
Sembilan orang terbunuh dan tiga yang lain cedera apabila silinder gas van penumpang meletup di daerah Gujranwala, timur Punjab, Pakistan pada Ahad, lapor Xinhua.
Perang di Afghanistan pasca pengunduran tentera Amerika Syarikat Tiga bandar lagi jatuh ke tangan Taliban, ketika mana kumpulan itu semakin mara untuk terus menawan beberapa sasaran penting di Afghanistan.
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia ketika ini melepasi 202.6 juta kes.
Sememangnya antara perkara yang cukup membanggakan adalah apabila melihat rakyat kita menempa nama di syarikat ternama di luar negara.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami