awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
26/08/2021
15:50 MYT
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis 26 Ogos 2021.
1. Lapangan terbang Kabul penting untuk penghantaran bantuan - PBB
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu menyatakan terdapat "keperluan kritikal dan mustahak" untuk Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai Kabul kekal berfungsi sepenuhnya untuk penyaluran bantuan selepas pengunduran Amerika Syarikat.
2. Vaksin COVID-19 | Moderna sedia untuk dapat kelulusan penuh FDA
Syarikat pengeluar vaksin COVID-19, Moderna sudah melengkapkan laporan semasa bagi permohnannya kepada pentadbiran makanan dan ubatan Amerika Syarikat (FDA) bagi mendapatkan kelulusan penuh vaksinnya. Ia akan melibatkan kelulusan penuh bagi individu berusia 18 tahun dan ke atas.
3. Vaksin COVID-19: Delta Air kenakan caj insurans tambahan kepada pekerja enggan disuntik
Delta Airlines minta pekerjanya membayar tambahan AS$200 dolar setiap bulan untuk pelan penjagaan kesihatan yang ditaja syarikat mereka sekiranya memilih untuk tidak mengambil vaksin COVID-19.
4. Vaksin COVID-19: Ketidaksamarataan antara negara beri cerminan kepada solidariti
Jelas Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Afrika, Dr Matshi-diso Moeti, adalah penting untuk memberi keutamaan kepada populasi paling berisiko di seluruh dunia.
5. Gajah jantan silap sangka serang patung haiwan
Seekor gajah jantan tersilap sangka apabila ia menyerang sebuah patung haiwan di taman hidupan liar di Thailand baru-baru ini. Haiwan itu bertindak sedemikian di Taman Negara Khao Yai di Hin Tung iaitu kira- kira 180 kilometer dari Bangkok.
6. China, Rusia kerjasama bantu Afghanistan
Presiden Rusia, Vladimir Putin dan rakan sejawatnya dari China, Xi Jinping bersetuju untuk meningkatkan usaha mengatasi ancaman yang muncul di Afghanistan selepas penguasaan Taliban.
7. Vaksin COVID-19 | Jepun kesan 1.6 juta dos tercemar
Kira-kira 1.6 juta dos vaksin Moderna tidak akan digunakan di Jepun susulan pencemaran yang berlaku di dalam beberapa botol Menurut Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kesejahteraan negara itu, beberapa pusat pemberian vaksin melaporkan beberapa botol mengandungi bahan asing.
8. Pasaran AS | Menjelang Jackson Hole, Bursa New York ditutup tinggi
Bursa New York terus catat kenaikan pada penutup Rabu dengan saham pembuat cip dan kewangan menolak naik indeks S And P 500 dan Nasdaq ke paras tertinggi.
9. Keselamatan Siber | White House gesa Big Tech atasi ancaman
White House gesa syarikat gergasi teknologi, industri kewangan dan syarikat infrastruktur utama berusaha mengatasi ancaman keselamatan siber terhadap ekonomi Amerika Syarikat. Perkara itu dinyatakan dalam pertemuan dengan Presiden Joe Biden dan anggota Kabinetnya, pada Rabu.
10. Konflik Afghanistan: 13 disah maut dalam letupan berhampiran lapangan terbang Kabul
Dua letupan dilaporkan berlaku di luar Lapangan Terbang Antarabangsa Kabul, mengorbankan sekurang-kurangnya 13 orang termasuk kanak-kanak, pada Khamis.
Topic Berkaitan
#Afghanistan
#Amerika Syarikat
#China
#Jepun
#Rusia
#Thailand
#Taliban
#Vladimir Putin
#Joe Biden
#Xi Jinping
#WHO
#Delta Airlines
#Moderna
#vaksin
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan