ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 27 September 2021.

1. Singapura nyatakan kebimbangan ancaman kumpulan pengganas di rantau ini

Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri Singapura, Muhammad Faishal Ibrahim menyatakan kebimbangan terhadap ancaman keganasan dan ekstremisme susulan konflik di Afghanistan, lapor The Straits Time Singapore pada Ahad.

2. Bencana alam: Taufan Gulab membadai Timur India

Taufan dan angin ribut melanda pantai di Timur India pada Ahad, ketika puluhan ribu penduduk di tiga negeri dipindahkan ke tempat perlindungan.

3. Gunung berapi La Palma mula muntahkan lava

Gunung berapi yang meletus di pulau La Palma di Sepanyol terus mengeluarkan batu lebur dan asap hitam pada Ahad.

4. Gaza mula bina semula rumah yang musnah

Pembangunan semula kediaman di Gaza yang musnah atau rosak dalam konflik Mei antara Israel dan Hamas akan bermula pada minggu pertama Oktober menggunakan bantuan dari Qatar.

5. Manfaatkan tamadun digital untuk kesejahteraan rakyat, kata Presiden Xi

Presiden China Xi Jinping berkata China komited untuk bersama masyarakat antarabangsa memikul tanggungjawab untuk memanfaatkan tamadun digital untuk kesejahteraan manusia sejagat.

6. Pembangunan demografi seimbang, sihat di Xinjiang

Jabatan Penerangan Dewan Negara China pada Ahad melancarkan laporan kertas putih mengenai sosioekonomi di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, antara lain berkaitan perkembagan menyeluruh yang dicapai wilayah itu.

7. Lebih 42 peratus penduduk Korea Selatan berusia 30-an masih bujang pada 2020

Lebih 42 peratus penduduk Korea Selatan, berusia 30-an masih belum berkahwin tahun lalu dan menunjukkan trend ramai orang muda sama ada lambat berkahwin berikutan kelembapan ekonomi yang berterusan.

8. Ronaldo sasar peranan kejurulatihan Man United selepas bersara

Pemain berusia 36 itu mahu mengendalikan anaknya, Cristiano Jr selepas bersara kelak.

9. Majlis akad nikah kecoh, bapa pengantin perempuan sepak bakal menantu

Majlis akad nikah menjadi kecoh selepas bapa pengantin perempuan tiba-tiba menjadi berang dan menyepak muka menantunya.

10. Inovasi: 'Smart Diaper' kesan jangkitan pada bayi

Sebuah syarikat penghasilan lampin bayi di Turki mencipta 'The Pine Smart Diaper' yang mampu mengesan jangkitan pada salur kencing bayi.