awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majlis akad nikah kecoh, bapa pengantin perempuan sepak bakal menantu

Astro Awani
Astro Awani
27/09/2021
05:06 MYT
Majlis akad nikah kecoh, bapa pengantin perempuan sepak bakal menantu
Bapa pengantin perempuan dilihat bangun dan cuba menyerang bakal menantunya sehingga sepakan terkena kepada bahagian muka. - Foto Facebook/Jaridompu.com
MAJLIS akad nikah menjadi kecoh selepas bapa pengantin perempuan tiba-tiba menjadi berang dan menyepak muka menantunya.
Rakaman video berkenaan menjadi tular di media sosial sejak Ahad dan dipercayai berlaku di Nusa Tenggara Barat, Indonesia pada 14 Ogos lalu.
Video berdurasi 1 minit 41 saat itu menunjukkan ketika bapa pengantin perempuan membaca istigfar dan syahadah ketika acara akad nikah, dia dipercayai tersasul dan menyebut perkataan 'bote' yang bermaksud monyet dalam bahasa Bima.
Ini mengundang kemarahan keluarga pengantin lelaki dan terus tercetus pertikaman lidah antara kedua-dua keluarga tersebut.
"Apa lagi masalahnya, hormatilah kami sebagai keluarganya," kata seorang jemputan seperti dipetik portal Jaridompu.com.
Sumber Facebook 107738488219751
Bapa pengantin perempuan dilihat bangun dan cuba menyerang bakal menantunya sehingga sepakan terkena kepada bahagian muka.
Kejadian dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati keluarga pengantin perempuan selepas rombongan pengantin lelaki lewat tiba untuk majlis akad nikad tersebut.
Kejadian turut disahkan Ketua Polis Kota Bima, Henry Novika Candra yang berkata perkara tersebut telah diserahkan kepada pihak polis Rasanae Barat untuk siasatan lanjut.
"Kertas siasatan telah dibuka dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif dan punca kejadian," katanya kepada Detik.com.
Topic Berkaitan
#akad nikah
#kecoh
#sepak muka
#pengantin lelaki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan